Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Berang Telefon Bimbit Dirampas, Dua Pelajar Nekad ‘Belasah’ Guru Hingga Mati

Aireena Marizan
Gambar: Kompas.com

Gara-gara telefon bimbitnya dirampas, dua pelajar dilapor bertindak kejam membelasah guru mereka sehingga mati.

Mangsa yang berusia 43 tahun dan merupakan seorang ustaz di sebuah Pondok Pesantren Darus As’sadah di Samarinda, Kalimantan Timur dilaporkan telah dibunuh oleh dua pelajarnya yang masing-masing berusia 17 tahun.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Sungai Kunjang, Ipda Bambang berkata, motif kejadian adalah kerana telefon bimbit milik dua pelajar itu dirampas pada waktu sekolah, sehari sebelum kejadian.

Kejadian tersebut berlaku pad Rabu (23/2/2022) pagi sekitar jam 5:30 petang waktu tempatan, di mana mangsa baru sahaja selesai solat subuh.

Berang dengan respon yang diberikan, kedua-dua suspek telah bertindak memukul mangsa dengan kayu. Mereka menyerang mangsa di bahagian kepala sehingga mangsa tidak berdaya untuk melawan.

Selepas memukul mangsa, kedua-dua pelaku itu melarikan diri.

Mangsa kemudiannya dibawa ke hospital. Bagaimanapun, beberapa jam kemudian mangsa telah disahkan meninggal dunia.

Sumber: Kompas.com