Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Lelaki Berdepan Dakwaan Menculik & Membunuh Selepas Mayat Seorang Kanak-Kanak Ditemui Dalam Peti Sejuk

Seorang lelaki yang berusia 35 tahun dilapor berdepan dengan tuduhan menculik serta membunuh selepas mayat anak teman wanitanya yang berusia empat tahun ditemui di dalam peti sejuk dalam garaj rumah teman wanitanya, lapor Daily Mail.

Suspek telah ditahan selepas polis menemui mayat kanak-kanak itu di dalam peti sejuk rumah teman wanitanya di Timur Laut Las Vegas yang terletak di blok 4300 Saddle Brook Park Drive.

Lapor Jurnal Reno Gazette, mayat kanak-kanak itu telah ditemui tersembunyi di bahagian bawah kadbod palsu dan ditutupi dengan pelbagai jenis makanan.

Pada awal hari kejadian, si ibu telah menghantar nota ke sekolah anak perempuannya sambil memberitahu bahawa suspek telah bertindak kasar terhadapnya.

Memetik laporan Daily Mail, suspek bersama teman wanitanya telah menjalinkan hubungan sejak 11 bulan yang lalu.

Pendakwa raya mendedahkan di mahkamah bahawa surat yang ditulis ibu mangsa menyatakan bahawa anak lelakinya itu langsung tidak kelihatan sejak dari 11 Disember lalu.

Sebelum ini, suspek mempunyai rekod jenayah penangkapan tanpa kekerasan di mana semuanya berlaku di California, sejak 2005. Pada 2010, dia telah ditangkap kerana memandu melebihi 70mph di bawah pengaruh dadah dan alkohol.

Pada 2011, dia didapati bersalah sekali lagi kerana memandu di bawah pengaruh dadah dan dengan lesen yang digantung.

Gambar: Daily Mail

Ibu mangsa memberitahu pegawai semasa soal siasat bahawa dia telah didera oleh suspek dan telah diarahkan supaya tidak keluar dari rumah, memasuki garaj atau bertanya tentang kehilangan anaknya, kata polis.

Dia kemudian berkata bahawa dia percaya anaknya telah meninggal dunia. Kali terakhir dia melihat anaknya dikurung di dalam bilik tidur utama rumah selepas mangsa jatuh sakit.

Selepas menerima waran tangkap, polis menemui mayat mangsa di dalam peti sejuk yang disimpan di dalam garaj sekitar jam 4:30 petang.

Suspek kini telah ditahan atas dua pertuduhan, iaitu penculikan dan juga pembunuhan.

Sumber: Daily Mail

Aireena Marizan