Siakap Keli

Ahli Farmasi Ini Kongsi 6 Item Asas Perlu Ada Jika Pesakit Covid-19 Kuarantin Di Rumah

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Penularan kes Covid-19 semakin meningkat hari demi hari. Ramai yang telah mendapat keputusan positif setelah membuat ujian saringan Covid-19 sama ada menggunakan Polymerase Chain Reaction (PCR) mahupun Rapid Test Kit (RTK).

Sekiranya dijangkiti tetapi tidak mempunyai sebarang simptom atau gejala yang tidak teruk, anda perlu menjalani kuarantin kendiri di rumah seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Oleh itu, pesakit perlu membuat beberapa persiapan dengan menyediakan enam kelengkapan asas ketika menjalani kuarantin di rumah seperti yang dikongsikan oleh ahli farmasi, Huda Kamsani di akaun TikTok.

Enam item asas yang diperlukan adalah:

1. Thermometer – untuk periksa suhu badan dua kali sehari.

2. Oximeter – untuk periksa oksigen dan kadar denyut nadi dua kali sehari.

3. Difflam – untuk melegakan sakit tekak.

4. Paracetamol – untuk turunkan suhu badan (ambil dua kali sehari).

5. Prospan/Bromhexine – untuk melegakan batuk.

6. Vitamin C – untuk meningkatkan imuniti badan.

@huda_kamsani

Basic item ketika kuarantin. Get well soon everyone😊 Spread the message. #pharmacy #tiktokguru #learnontiktok #covidfighter

♬ ABCDEFU Romantic Version – TylerShawMusic

SUmber: Tiktok Huda Kamsani

Akhmar Ikmal

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.