Siakap Keli
Gambar pesawat terbesar dunia musnah
Gambar via Twitter

Gambar Pesawat Terbesar Dunia Musnah Selepas Serangan Rusia Di Ukraine

Beberapa gambar yang beredar menunjukkan keadaan bangkai pesawat terbesar di dunia, Antonov An-225 Mriya, yang musnah terbakar dalam satu serangan yang dilancarkan Rusia di Lapangan Terbang Hostomel, Ukraine, pada 24 Februari lalu.

Video selepas insiden serangan di lapangan terbang tersebut juga sempat dirakam, menunjukkan kepulan asap hitam dari pesawat berkenaan selepas dibedil.

Gambar pesawat terbesar dunia musnah
Gambar – Twitter

Untuk pengetahuan, ‘Mriya’ seperti mana kapal terbang lagenda ini dinamakan bermaksud ‘mimpi’ dalam bahasa Ukraine dan merupakan pesawat kebanggaan negara itu.

Kos baik pulih Mriya bakal telan kos RM12.5 bilion

Menurut kenyataan syarikat persenjataan dan pertahanan Ukraine, Ukroboronprom, Mriya akan ‘dilahirkan’ semula walaupun pesawat terbesar di dunia itu musnah berkeping dalam insiden serangan berkenaan.

Gambar pesawat terbesar dunia musnah
Gambar pesawat terbesar dunia musnah – Twitter

“Penceroboh mungkin memusnahkan kapal terbang berkenaan, tetapi mereka tidak akan musnahkan mimpi kami. Mriya bakal ‘dilahirkan’ semula,” ujar kenyataan rasmi di laman web Ukroboronprom.

Gambar pesawat terbesar dunia musnah
Gambar pesawat terbesar dunia musnah – Twitter

Tambah kenyataan tersebut, kos membaik pulih Mriya mungkin menelan belanja yang besar dan akan mengambil masa yang lama.

“Untuk baik pulih kapal ini dianggarkan bernilai $3 bilion (kira-kira RM12.5 bilion) dan mengambil masa lebih lima tahun.

“Tugas kami adalah memastikan kos ini ditanggung Kerajaan Rusia yang telah mengakibatkan kemusnahan kepada industri penerbangan Ukraine serta sektor kargo laluan udara,” jelas kenyataan tersebut.

Gambar pesawat terbesar dunia musnah
Gambar – Twitter

Kebakaran tercetus di hangar pesawat

Maklumat Kebakaran NASA untuk Sistem Pengurusan Sumber mengesan beberapa siri kebakaran di Lapangan Terbang Hostomel, dekat Kyiv, termasuk di bahagian hangar tempat kapal terbang itu diletakkan, lapor CNN.

Menurut data dari NASA, kebakaran bermula di hangar dan dikesan pada jam 11.13 pagi waktu tempatan pada Ahad.

Gambar – Twitter

Syarikat yang membina kapal terbang berkenaan, Antonov menjelaskan bahawa laporan teknikal Mriya setakat ini masih belum dapat dikeluarkan.

“Setakat ini, sehingga An-225 diperiksa oleh pakar, kami tidak boleh mengeluarkan laporan keadaan teknikal kapal terbang tersebut,” ujar Syarikat Antonov memetik Daily Mail.

Gambar – Twitter

Pernah catat sejarah, bawa muatan kargo terpanjang dan terbesar di dunia

Pesawat Mriya dicipta di Ukraine pada tahun 1980-an dan digunakan untuk membawa karga-kargo berat. Mriya pernah membawa muatan kargo sepanjang 42.1 meter dari China dan merupakan muatan kargo terpanjang di dunia.

Pada tahun berikutnya, Mriya dilaporkan pernah membawa generator 189 tan, iaitu muatan kargo paling berat yang pernah dicatatkan dalam sejarah kargo udara.

Sumber: Daily Mail

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.