Siakap Keli
Kredit: CNN

Ukraine Sahkan Pesawat Terbesar Dunia Musnah ‘Dibedil’ Tentera Russia

Pesawat terbesar dunia, Antonov AN-225 dilaporkan musnah semasa pencerobohan Russia ke atas Ukraine. Menurut pegawai Ukraine, ia telah mencetuskan kebimbangan dan kesedihan dunia penerbangan.

Menurut CNN, pesawat yang digelar Mriya atau ‘mimpi’ jika diterjemahkan dalam Bahasa, ditempatkan di lapangan terbang berhampiran Kyiv apabila ia diserang oleh pihak Russia, lapor pihak berkuasa Ukraine.

Mereka juga akan membina semua pesawat tersebut.

Syarikat pertahanan negara Ukraine Ukroboronprom, yang menguruskan Antonov, pada Ahad lalu mengeluarkan kenyataan mengatakan bahawa walaupun ia telah dimusnahkan tetapi akan dibina semula dengan kos sebanyak RM4 Billion.

“Pemulihan pesawat ini dianggarkan akan menelah kos sebanyak RM4 Billion dan mengambil masa untuk siap melebihi 5 tahun,”

“Tugas kami adalah untuk memastikan kos ini ditanggung oleh Persekutuan Rusia. Ia telah menyebabkan kerosakan yang disengajakan kepada sektor penerbangan dan kargo udara Ukraine.

“Russia mungkin telah musnahkan ‘Mriya’, namun mereka tidak akan mampu untuk musnahkan impian kita menjadi sebuah negara Eropah yang kuat, bebas dan demokratik. Kita akan menang!” tulis Menteri Luar Ukraine Dmytro Kuleba di Twitter, lapor CNN. 

Merujuk laporan CNN juga, tentera Russia mendakwa bahawa mereka telah menawan lapangan terbang Hostemel, di mana terletaknya pesawat terbesar dunia itu musnah Jumaat lepas. Pasukan CNN menyaksikan sendiri tentera udara Russia mengambil tempat.

“Imej satelit dari Maxar Technologies menunjukkan pesawat itu musnah begitu ketara pada bahagian hangar tempat AN-225 disimpan.

“Sementara itu, maklumat kebakaran dalam  Sistem Pengurusan Sumber NASA mengesan beberapa kebakaran di lapangan terbang, termasuk di hangar tempat pesawat itu disimpan.

“Kebakaran di hangar itu dikesan pada 11:13 pagi Ahad, menurut data NASA, yang diperoleh daripada beberapa satelit NOAA dan NASA.

“Tidak jelas sama ada kebakaran di lapangan terbang ini adalah akibat kebakaran sebenar atau letupan daripada serangan tentera, maklum CNN,” lapor CNN.

Baca: Pemain Tenis Rusia Raih Perhatian, Tulis Mesej ”No War Please” Pada Kamera Tanda Solidariti

Sehingga hari ini, Mriya masih kekal sebagai pesawat terberat yang pernah dibina. Ia dikuasakan dengan enam enjin turbofan dan mempunyai berat muatan maksimum 250 tan. Selain itu, ia juga mempunyai bukaan sayap yang terbesar berbanding mana-mana kapal terbang dam perkhidmatan operasi.

Hingga hari ini, hanya satu An-225 pernah dibina oleh syarikat Antonov dengan reka bentuk sebegitu yang berpangkalan di Kiev. Penerbangan pertamanya adalah pada tahun 1988, lapor CNN.

Sumber: CNN

Faiz Mustafa