Syarikat pawagam terkenal, TGV Malaysia memohon maaf kepada pelanggan-pelanggan yang terkesan dengan isu sesi tayangan filem baharu, The Batman seperti yang tular di media sosial hari ini.
TGV menerusi satu kenyataan berkata, kesilapan waktu tayangan yang berlaku tersebut adalah tidak selari dengan prosedur operasi standard (SOP) tayangan seperti yang ditetapkan.
“Kami memohon maaf kepada semua pelanggan kami yang terkesan dengan sesi tayangan The Batman yang tertangguh di TGV Vivacity pada 7.15 malam hari ini.
“Ia langsung tidak mematuhi SOP tayangan yang telah ditetapkan pada semua sesi dan kebiasaannya semua sesi berjalan tepat pada waktunya mengikut ketetapan jadual.
“Sebagai tanda permohonan maaf, kami akan memberikan dua tiket percuma atau bayaran balik secara penuh kepada semua pelanggan yang terjejas dengan insiden tersebut,” maklum kenyataan tersebut hari ini.
Difahamkan, TGV memaklumkan sedemikian ekoran kenyataan seorang individu di Facebook yang mendakwa tayangan The Batman terpaksa diulang semula setelah 45 minit ia ditayangkan.
Kenyataan individu tersebut tular di media sosial hingga mendatangkan pelbagai maklum balas berbeza daripada kalangan warganet.
Minmin and the team are investigating this matter guys, we sincerely apologise for the inconvenience 🙏🏼 pic.twitter.com/6LHlqnx9oA
— TGV Cinemas | #TontondiTGV 🇲🇾 (@TGVCinemas) March 6, 2022
Sumber: Twitter TGV