Kehidupan seorang pengumpul benda-benda ‘rare’ berubah selepas beliau mengambil keputusan membeli sebuah lukisan ‘berhantu’ dengan harga RM200 di pasar lambak walaupun telah diberikan amaran.
Memetik Oddity Central, Dan Smith (bukan nama sebenar) membeli lukisan tanpa nama tersebut yang terpapar dua anak patung di salah sebuah pasar dengan mengabaikan amaran dari pemilik asal bahawa ia hanya akan membawa khabar buruk.
“Malangnya, sifat ingin tahu dia mengatasi segalanya dan ‘dihentam’ berita buruk sebaik sahaja membawa pulang lukisan tersebut ke rumah.
“Dia mula mengalami kesukaran untuk tidur pada waktu malam dan sering diserang oleh serangga di rumahnya serta hamster peliharaannya yang sentiasa sihat juga telah mati,” lapor Oddity Central.
Kehidupan dia yang dahulunya bahagia, kini sudah mula diselubungi rasa sakit, kesunyian, kurang tidur serta kegelisihan muka menjalari dunianya ketika ini.
Dia yakin bahawa semua hal malang yang terjadi mempunyai kaitan dengan lukisan yang dibeli tempoh hari.
Menurut Oddity Central, Smith kini melelong lukisan tersebut di eBay dengan harapan kehidupannya akan kembali normal.
“Wanita di pasar tersebut telah memberi amaran kepada saya sebelum membelinya bahawa lukisan ini hanya akan membawa perkara buruk, kini saya pula yang akan memberi amaran kepada anda.
“Ketika itu, saya tidak terlalu memikirkan hal tersebut dan menganggap penjual itu aneh yang menjual barangan murah,” tulisnya di ruangan ‘caption’ produk, lapor Oddity Central.
Menurutnya, lukisan tersebut memang ‘tampak’ comel dengan dua anak yang kelihatan innocent dalam gambar itu, namun jangan tertipu.
“Saya tidak tahu darah siapa yang telah dicampurkan bersama cat lukisan ini, tetapi ‘kuasanya’ sangat kuat,” amaran dari pemilik asal lukisan ini, memetik dari kenyataan Oddity Central.
“Saya buka harga dengan harga yang sama ketika saya membelinya, tapi dengan harapan ada yang menawarkan harga yang lebih tinggi untuk tebus semua yang telah dilalui.
“Sebelum membida, saya ingin mengingatkan semula bahawa anda telah diberi amaran,” tulisanya.
BACA JUGA: Lelaki Beli Lukisan Berharga RM125, Tak Sangka Nilai Sebenar Rupanya RM41 Juta
Sumber: Oddity Central