Siakap Keli
Gambar: Vanguard News

Rogol Anak Sendiri Sehingga Hamil, Lelaki Bakal Berdepan Hukuman Penjara 15 Tahun

Seorang lelaki dilaporkan telah merogol anak kandungnya sendiri di Kabupaten Tangerang, Banten.

Menurut Tribun News, suspek merupakan seorang buruh binaan dan berusia 48 tahun. Manakala mangsa pula merupakan seorang remaja perempuan yang berusia 14 tahun.

Hasil daripada kejadian itu, mangsa kini dilaporkan sedang hamil akibat perbuatan ayah kandungnya.

Ketua Polis Balaraja, Kompol Herry Fitriyono mengesahkan kes ini. Pihak polis telah menahan suspek di kediamannya, Desa Cangkudu, Kecamatan Balaraja, Kabupaten Tangerang.

Herry juga berkata, suspek sudah 3 kali berkahwin.

“Pelakunya ada 3 isteri”, kata Herry.

Isteri pertama telah menceraikannya. Manakala, isteri kedua yang merupakan ibu kandung mangsa telah meninggal dunia dan isteri ketiga pula dikatakan lari dari rumah.

Kini, yang tinggal di rumah hanyalah suspek dan juga mangsa.

Setelah selesai bekerja, suspek telah memaksa mangsa menjadi tempat memuaskan nafsunya. Mangsa turut diugut oleh bapanya.

“Sehingga akhirnya mangsa hamil 11 minggu dan diketahui oleh anak saudara suspek.

“Anak saudara suspek melaporkannya kepada pihak polis”, kata Herry.

Pihak polis telah menahan suspek dan suspek kini berdepan hukuman penjara selama 15 tahun.

Sumber: Tribunnews

Aireena Marizan