Siakap Keli
Sumber: Twitter

(Video) “Turun Bawah Tengok-Tengok Kereta Nampak Bumbung Je..” Gadis Kongsi Banjir Kilat Di Wisma UOA 2

Terkini, berlaku banjir kilat yang melanda kawasan-kawasan di sekitar Lembah Klang berikutan hujan lebat berterusan sejak beberapa jam lalu.

Dalam pada itu, ramai warganet turut mengambil kesempatan merakam detik cemas terperangkap dalam banjir yang dialami mereka sendiri sebentar tadi.

Menerusi akaun Twitter  Hana Samsudin, beliau memuat naik keadaan terkini banjir di kawasan pejabatnya di Wisma UOA 2 yang terletak di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur.

Melalui video tersebut, di kawasan parking kereta khususnya, hanya bumbung kereta sahaja yang dapat dilihat dan selebihnya ‘hilang dari pandangan’ akibat ditenggelami banjir.

“Saya baru turun sebab budak office semua jerit kata bawah  banjir. Saya turun, kereta dah nampak bumbung je. Saya parking kat tepi office saya Wisma UOA 2.

“Office saya kat bangunan Wisma UOA 2, Jalan Tun Perak dekat area Bukit Bintang. Hujan lebat sangat, air naik terlalu laju. Bonet kereta saya pun sampai terbuka sebab pressure air,” katanya dalam ruangan kapsyen.

Terdahulu, menerusi perkongsian orang awam juga melalui media sosial, kawasan Masjid Jamek dan juga KLCC turut ditenggelami air.

Selain itu, di Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur turut berlaku banjir kilat sekitar pukul 4.15 petang tadi.

Sumber: Twitter Hana Samsudin

 

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.