Seorang penyanyi rap serta bintang Youtube terkenal dilapor mati secara mengejut pada Sabtu lalu selepas berusaha melawan penyakit mental dialaminya kata keluarganya.
Memetik Daily Mail, bapanya, Matthew Schofield memaklumkan berita kematian mengejut tersebut bersama-sama beberapa keping gambar anak perempuannya itu di akaun Facebook.
Malah menurut laporan Daily Mail, gadis itu juga dikatakan mati mengejut selepas berhempas-pulas melawan ‘syaitannya’ sendiri.
“Pada hujung minggu lalu, kami tewas untuk mempertahankan nyawa anak perempuan saya yang mengalami kemurungan, trauma, PTSD (Post-traumatic stress disorder) serta ketagihan dadah.
“Usaha kami merawat dia sejak di bawa pulang secara kecemasan DFAT ke rumah dari Amerika musnah begitu saja.
“Dia bertarung melawan semua penyakitnya sebelum ‘pergi’ meninggalkan kami dan ketika itu kami berada bersebelahan dengannya mengutip serpihan kaca yang berkecai.
“Kami tidak mampu melawan lagi dan hilang anak perempuan kesayangan kami.
“Sebagai ayah, saya sangat bangga dan menganggap mendiang adalah wira saya, anak perempuan dan juga kawan baik yang sangat disayangi.
“Kini, dia tidak lagi menanggung rasa sakit kerana semesta mahu ‘malaikat’ mereka pulang.
“Sebahagian dari diri saya kini hilang dan saya memohon kepada kawan-kawan rapat untuk tidak menghubungi saya ketika ini sehingga saya bersedia menerima ini semua,” tulisnya, lapor The Sun.
Dalam pada itu, gadis tersebut pernah memaklumkan tentang dirinya melawan PTSD menerusi perkongsian di Instagram pada 2 Mac lalu.
Imbas kembali, gadis itu mula berjinak-jinak dalam produksi muzik di SoundCloud pada tahun 2015, lapor Daily Mail.
BACA JUGA: Suka Simpan Barang Lama Yang Tak Berguna Hingga Penuh Rumah? Ini Tanda Sakit Mental
Sumber: Daily Mail, The Sun