Tak lama lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut bulan suci ini yang dijangka jatuh pada awal April 2022. Seperti yang diketahui umum, bulan Ramadan merupakan bulan suci buat umat Islam. Bulan ini mengajar individu itu untuk menahan lapar dan dahaga bermulanya terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.
Seperti yang kita sedia maklum, waktu dan tempoh untuk berpuasa bagi setiap negara adalah berbeza. Hal ini demikian kerana setiap negara berada pada tempat dan benua yang berbeza. Ada sesetengah negara yang menyambut Ramadan pada musim panas. Malah ada juga yang menyambut bulan suci itu pada musim sejuk.
Ramadan di UAE
Begitu juga dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) ini. Menurut ahli astronomi Arab Saudi, Khaled Al Zaqqa menerusi Gulfnews, Ramadan di sana diramalkan jatuh pada penghujung musim luruh dan dua tahun selepas itu, Ramadan akan jatuh pada awal musim luruh.
Hal ini bermakna, Ramadan di sana akan jatuh pada pertengahan musim sejuk bermula tujuh tahun daripada sekarang.
Jumlah bulan dalam kalendar Islam hanyalah sembilan bulan. Oleh itu kalendar tahun Islam adalah pendek jika dibandingkan dengan kalendar Gregorian.
Tahun ini, Ramadan dijangka jatuh pada hari Sabtu iaitu 2 April 2022. Menurut ramalan cuaca Arab mereka meramalkan bahawa pada hari pertama Ramadan, penduduk Dubai akan berpuasa kira-kira 13 jam dan 47 minit sehari.
Malah jumlah masa itu dijangka akan beransur-ansur meningkat kepada hampir-hampir 14 jam setengah tempoh waktu berpuasa.
Ramadan bermula 10 hingga 12 hari lebih awal setiap tahun.
Disebabkan Ramadan boleh berlaku 10 hingga 12 hari lebih awal, ia menyebabkan bulan suci ini boleh jatuh pada setiap musim sepanjang kitaran 33 tahun.
BACA JUGA: (Gambar) “Dekat, Tapi Jauh…”, Wanita Sayu, Kongsi Gambar Bulan Ramadan Ke-19 Diambil Pagi Tadi
Sumber: Gulf News