Siakap Keli
Gambar: Alizah Mulkeh

(Gambar) “Dekat, Tapi Jauh…”, Wanita Sayu, Kongsi Gambar Bulan Ramadan Ke-19 Diambil Pagi Tadi

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pejam celik pejam celik, hari ini kita sudah pun berada di Ramadan ke-19. Rupa-rupanya kita semua sudah hampir menamatkan fasa kedua Ramadan (pengampunan) dan akan memasuki fasa ketiga iaitu kebebasan pada esok hari.

Hadirnya Ramadan, hadir jualah sang bulan yang berdiri megah di angkasa raya. Melewati sekeliling bumi sambil berzikir memuja Pencipta di atas orbitnya sendiri.

Namun kini sudah Ramadan ke-19, kemunculannya jua tidak lagi mengambang penuh seperti malam 15 Ramadan lalu. Hari ini ia sudah terlindung sedikit demi sedikit, menanti hari untuk berakhir dan beredar hilang.

Seorang warga Facebook, Alizah Mulkeh hari ini ada berkongsi beberapa keping gambar bulan yang sempat dirakam suaminya pada awal pagi tadi. Syukur, dengan kemampuan teknologi yang seadanya, pasangan ini berpeluang menatap keindahan bulan yang akan ‘menghilang’ diganti matahari.

“Mengingatkan diri ada kuasa hebat yang mencipta..”

Gambar: Alizah Mulkeh

MasyaAllah, hanya dengan izin-Nya jua, Alhamdulillah. Kita masih mampu melihat hadirnya pada pagi 1 Mei 2021. Ramadan ke-19. Jauh tapi dekat, dekat tapi jauh. Rembulan daripada sudut pandang incik suami Syukri Rc.

‘View’ dari beranda rumah kami seawal 6.10 pagi tadi. Dia hanya guna kamera HP biasa dan teropong astronomi. ‘Congrats’ hubby, hasil gambar ‘awesome’. Suka tengok ‘view’ tu walau hati selalu sayu tiap kali tengok bulan.

Moga bermanfaat dilihat, mengingatkan diri ada kuasa hebat yang mencipta atur perjalanan seluruh cakerawala dan alam sejagat ini. Bulan dan matahari silih berganti. Begitulah jua putaran hidup kita.

Kita ini bukan siapa-siapa, hormati orang lain, terima seadanya. Jadi, jangan sombong dengan apa jua yang kita sedang miliki ya. Singkat saja masa hidup ini dan takdir boleh bertukar bila-bila dengan izin Allah. Be nice everyone, be careful with your words.

Selamat berhujung minggu. Selamat Hari Pekerja dan moga hari anda semua baik-baik saja..

Di bawah ini adalah beberapa keping foto hasil bidikan suaminya. Memang cantik, memang indah, semuanya hanya dari lensa kamera telefon dan teropong sahaja.

Gambar: Alizah Mulkeh
Gambar: Alizah Mulkeh
Gambar: Alizah Mulkeh
Gambar: Alizah Mulkeh

Sumber: Alizah Mulkeh