Siakap Keli
Gambar: via Bernama

TERKINI SOP: Penggunaan Pendaftaran MySejahtera Masih Diwajibkan

Menerusi siaran langsung oleh Perdana Menteri yang berlangsung sebentar tadi, pihak kerajaan bersama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia telah mencapai kata sepakat dan bersetuju bahawa negara akan memasuki fasa peralihan ke endemik bermula pada 1 April 2022.

Melalui Sidang Media Khas tersebut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa pihak kerajaan telah memutuskan bahawa pendaftaran untuk kemasukan ke premis-premis menggunakan MySejahtera masih diwajibkan.

Namun ia boleh dikecualikan untuk kawasan yang terbuka, tidak sesak, dan tiada perhimpunan ramai.

Bagaimanapun, aplikasi MySejahtera MySJ Trace diwajibkan untuk tempat yang tertutup yang dipenuhi tetamu ataupun pengunjung.

Jelas Perdana Menteri lagi, fasa peralihan ini adalah untuk mengembalikan keadaan negara kepada kehidupan normal selepas pandemik COVID-19 melanda dunia sejak tahun 2019.

Sumber: RTM

Zahirah