Siakap Keli
Kredit: Mirror

Wanita Terkejut Lahirkan Bayi Seberat 5 KG, Sama Berat Bola Boling

Seorang wanita terkejut selepas melahirkan seorang bayi perempuan seberat 5 kilogram yang sama timbangannya dengan sebiji bola boling.

Menurut Mirror, wanita yang dikenali sebagai Helen Sellers, 34, berkata, beliau telah dimaklumkan mengenainya bayi yang dikandungnya semasa hamil dahulu namun tetap terkejut.

“Keluarganya turut bertaruh untuk meneka berat bayi dalam kandungannya dan salah seorang sepupu wanita tersebut meneka dengan berat lebih kurang 5 kilogram.

“Dan kemudian beliau dimaklumkan oleh doktor bahawa berat bayi yang dilahirkannya adalah 11 paun 5 oz,” lapor Mirror.

Helen yang berasal dari Leeds, Yorkshire beserta suaminya, Carl mempunyai seorang lagi anak bernama Roman yang juga mempunyai berat badan yang berlebihan iaitu seberat 4 kilogram semasa dilahirkan.

“Carl sudah mencecah 6 kaki 7, tetapi dia tidak begitu besar seperti Celia dan kami tidak tahu mengapa.

“Semasa hamil, saya dimaklumkan bahawa bayi ini berkemungkinan besar tetapi tidaklah sebesar Roman.

“Saya memang tidak sangka dia akan seberat itu dan tekaan sepupu saya ternyata betul ketika kami bermain tekaan berat badan,” katanya, lapor Mirror.

Difahamkan, disebabkan berat yang berlebihan, Celia terpaksa memakai pakaian untuk bayi berusia tiga ke enam bulan kerana tiada pakaian yang sesuai untuk bayi yang baru dilahirnya sepertinya.

“Saya telah membeli beberapa pakaian dan barangan untuk kosong hingga tiga bulan dan dia kini perlu memakai pakaian (untuk bayi) tiga hingga enam bulan.

“Saya terpaksa melahirkannya secara pembedahan dan mengambil masa yang lama untuk mengeluarkannya. Sejujurnya, saya mahu melahirkan normal namun saya gembira kerana tidak melakukannya,” katanya, lapor Mirror lagi.

Pihak hospital juga menganggap perkara ini lucu dan menjadi topik perbualan serta menerima kunjungan ramai kerana saiznya yang besar, memetik Mirror.

BACA JUGA: Disahkan Mengandung Lagi Selepas Hamil 5 Hari, Wanita Dilapor Lahir Bayi Bukan Kembar Serentak

Sumber: Mirror

Faiz Mustafa