Bangkai kapal Ernest Shackleton dilapor telah ditemui di luar pantai Antartika selepas hampir 107 tahun ia terperangkap di dalam ais laut di sana, memetik laporan Daily Mail.
Menurut Falklands Maritime Heritage Trust menerusi Daily Mail, kapal itu mula karam pada tahun 1915 dan kini telah ditemui bangkainya yang berada pada kedalaman 3,008 meter (9,868 kaki).
Beberapa rakaman video menunjukkan keadaan kapal itu yang masih lagi terpelihara dan berada dalam keadaan baik. Malah roda kemudi kapal masih elok dan nama ‘Enduarance’ kekal kelihatan pada bahagian hadapan kapal.

Difahamkan, Endurance merupakan salah satu kapal yang digunakan oleh kumpulan ekspedisi Imperial Trans-Antartik pada sekitar tahun 1914 hingga 1917. Seramai 28 orang kru yang bertugas semasa ekspedisi itu.
Apa itu kapal Shackleton?
Mungkin ada antara anda yang tidak mengetahui apa itu kapal Shackleton. Ia sebenarnya sebuah kapal milik penjelajah Kutub Ernest Shackleton. Kapal ini pernah tular suatu masa dahulu kerana tenggelam di Laut Weddell pada tahun 1915.
Menurut coolantarctica kapal ini dipercayai telah ditinggalkan oleh Shackleton dan anak-anak kapalnya pada Oktober 1915 setelah mereka terperangkap dalam ais laut selama berbulan-bulan sehinggalah ia mula karam.
Difahamkan, kapal ini (ketika itu) dalam perjalanan untuk berlayar ke pinggir selatan Laut Weddell. Ketua kapal dan anak-anak buahnya telah berusaha untuk membebaskan kapal daripada laut ais tetapi gagal.
Kejadian ini mengakibatkan mereka mengalami kerugian dan pada penghujung Oktober 1915, kumpulan penjelajah itu membuat keputusan untuk meninggalkan kapal. Sehinggalah pada November tahun yang sama, kapal itu dilapor telah pun karam.
BACA JUGA: Kapal Kargo Milik Estonia Dilaporkan Karam Terlanggar Periuk Api
Sumber: Daily Mail, Cool Antarctica