Siakap Keli
Gambar: Fluffy Empire

Pilu, Pemilik ‘Fluffy Empire’ Dedah Detik-detik Baby ‘Pergi’, Disyaki Termakan Gandum Beracun

Siapa saja yang tak kenal dengan Fluffy? Seekor kucing berwarna putih gebu lagi ‘mulus’ yang menjadi pujaan ramai pencinta kucing di negara ini. Kisahnya sering dikongsi menerusi laman Facebook Fluffy Empire.

Namun siapa sangka, ajal sudah menunggu tiba. Fluffy akhirnya disahkan ‘pergi’ buat selama-lamanya pada 10 Februari tahun lalu. Tinggallah 1,001 kenangan aksi manjanya yang gemar ‘membonceng’ motosikal bersama tuannya dalam memori kita semua.

BACA JUGA: “Perit Nak Terima Kenyataan..” Pemilik Sahkan ‘Fluffy The Rider’ Meninggal Dunia Hari Ini

Mungkin ada yang belum tahu, selain Fluffy, ada banyak lagi keturunannya yang turut dibela dengan penuh kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh. Kucing-kucing lain yang masih terus ‘mewarisi’ legasi Fluffy ialah seperti Baby, Fluffy, Acik Ankel, Adik Pekak, Teddy dan lain-lain.

Bagaimanapun sebentar tadi, sekali lagi berita pilu penuh hiba menyelubungi kita semua. Baby (gambar), salah seekor kucing yang cukup disayangi pemiliknya dilapor telah menghembuskan nafas terakhirnya siang tadi, didakwa akibat keracunan makanan.

Gambar: Fluffy Empire

“Acik ankel, Baby dah takde, tolong doakan mama kuat. Suspected keracunan makanan.

“Mula-mula dia muntah-muntah. Lepastu kejang otot. Dalam perjalanan ke ke veterinar, tak sempat diselamatkan. Dah takde gemuk mama nak gaduh. Awak pergi gaduh dengan Dapi kat sana,” tulisnya di salah satu posting.

Menurut pemilik, hari ini mereka telah kehilangan empat ekor kucing kesayangan termasuk Baby, dipercayai daripada punca yang sama iaitu keracunan makanan.

“Selamat tinggal penyeri hidup, selamat bermain di tempat paling indah.

“Minta maaf mama papa terleka, terlalai dalam menjaga awak berdua,” tulisnya lagi di posting yang lain.

Tahun lalu, dia juga kehilangan kucing kesayangannya yang bernama Fluffy.

Beliau juga menjelaskan koronologi kematian kucingnya yang bernama Baby. Ikuti perkongsikan kronologi beliau yang telah kami sertakan di bawah.

Kronologi kematian Baby

Untuk pengetahuan semua, kucing-kucing Fluffy Empire (FE) memang dilepas outdoor pada waktu siang. Malam semua masuk rumah.

Pagi tadi, mak angkat FE called bagitau Baby termuntah-muntah dan duduk bawah kereta. Muntah keluar gandum (suspect racun tikus). Kemudian baby diletak dalam sangkar. Dia macam menggelupur-gelupur macam sawan. Kejang & mata bulat besar. Mencungap-cungap.

Sementara tunggu papa balik nak bawa ke klinik, Baby ditenangkan kejap. Gusi Baby dah berdarah, mulut dah ketap rapat, gigi dah ada yang serpih. Masa otw pergi ke vet, Baby dah tak dapat diselamatkan. Papa berhenti tekan-tekan Baby, tapi memang Baby dah takde.

Lepas kejadian Baby, mak angkat FE tergerak nak tengok kawasan racun tu, ada Oyen kat situ. Depan Oyen ada muntah dan Oyen mula jalan terhuyung-hayang. Sempat ambil Oyen dan letak dalam kotak. Sama keadaan dengan Baby. Nafas laju sangat, dan kejang, terus takde.

Gambar: Fluffy Empire

So memang Oyen dan Baby dah termakan racun tu. Kita hanya bersangka baik, mungkin memang racun tu untuk tikus. Dan bebulus ni TERmakan. Wallahualam.

Dan seperti ramai yang tanya, kenapa tu kenapa ni. Sory kami takde jawapan. Kalau kami tahu ada racun, kami takkan biarkan bebudak ni main kat luar.

Dan pada yang beri nasihat semua untuk keep indoor, terima kasih atas peringatan. Ya of course kita akan simpan semua dalam rumah.

Dan tolonglah jangan nak banyak soalan-soalan yang tak sepatutnya. Orang dalam kesedihan, hiba, tak perlu tambah lagi dengan soalan-soalan entah pape. Kalau rasa takde benda nak cakap, tak payah komen.

Doakan kami FE kuat. Paling-paling terkilan dan tak sangka Baby pergi dalam keadaan macam ni.

Gambar: Fluffy Empire
Kredit: Fluffy Empire

BACA JUGA: “Perit Nak Terima Kenyataan..” Pemilik Sahkan ‘Fluffy The Rider’ Meninggal Dunia Hari Ini

Sumber: Fluffy Empire

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.