Siakap Keli

Rusia Tuntut Ukraine Penuhi 3 Perkara Ini Dulu, Operasi Tenteranya Akan Berhenti Serta-merta

Rusia telah menyenaraikan tiga tuntutan utama ke atas Ukraine sekiranya Kiev mahukan Moscow menamatkan perang dengan segera.

Jurucakap Kremlin, Dmitry Peskov berkata Rusia bersedia untuk menghentikan operasi ketenteraan dengan segera jika Ukraine memenuhi segala tuntutan yang diminta pihak Rusia. Bahkan, Rusia tidak akan menuntut mana-mana wilayah lain di Ukraine.

Ini tiga tuntutan utama daripada pihak Rusia ke atas Ukraine, jika mereka menyempurnakan semua, Rusia akan segera menghentikan serangan ke atas negara tersebut;

  1. Mengubah perlembagaan untuk menjadi negara neutral
  2. Mengiktirafkan Semenanjung Crimea sebagai milik Rusia
  3. Mengiktiraf kemerdekaan wilayah Luhansk serta Donetsk.

Selain itu, pihak Rusia menuntut Ukraine menghentikan tindakan ketenteraannya. Ukraine juga perlu meminda perlembagaan bagi menolak sebarang usaha untuk memasuki mana-mana blok khusunya Pertubuhan Perjanjian Pertubuhan Atlantik Utara.

“Kami benar-benar ingin menamatkan operasi ketenteraan di Ukraine, bagaimanapun, perkara utama yang perlu dilakukan adalah Ukraine perlu menghentikan tindakan ketenteraannya,” tegasnya lagi.

Terdahulu, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menolak tuntutan wilayah oleh Rusia kerana mendakwa ketiga-tiganya milik negara itu. Secara tegas, beliau berkata tidak akan menyerahkan tanah air mereka kepada orang lain.

Sumber: Kosmo, NDTV

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang