Siakap Keli

Sering Dilaung Putin & Tenteranya, Ini Sejarah Disebalik Teriakan Perang “Uraa” Rusia

Presiden Russia Vladimir Putin sering dilihat melaungkan kata Uraa di dalam setiap pidatonya. Hal tersebut turut dilakukan ketika dia menghadiri perbarisan pasukan tentera. Namun begitu, apakah maksud sebenar Uraa (Ura) ini?

Uraaa (Ura) ialah laungan pertempuran yang sangat sinonim dengan orang Rusia. Perkataan tersebut dikatakan telah sebati dalam diri mereka sejak kecil lagi. Berdasarkan sejarah Russia, negara tersebut telah diserang berkali-kali.

Jadi apabila ada rakyat mereka yang melaungkan perkataan “Uraa” ini, sesiapa yang mendengar jeritan tersebut akan segera bergegas untuk mempertahankan tanah air mereka daripada diserang.

Apakah Maksud Uraa “Uraa”?

Uraa berkemungkinan mempunyai dua makna.

  1. Uraa yang bermaksud tangisan kegembiraan iaitu “Hore!”
  2. Uraa yang bermaksud laungan pertempuran iaitu kata yang dilaungkan sebagai semangat ketika seseorang pergi melawan musuh.

Namun begitu, makna khusus Uraa (Ura) ini masih kabur, tetapi jika melihatkan kepada bahasa Turki dan Tartar, Uraa membawa maksud “membunuh!”. Ini sedikit sebanyak menerangkan kegunaan kata tersebut sebagai laungan pertempuran.

Tetapi bagi maksud tangisan untuk kegembiraan masih samar dan tidak jelas tentang penggunaannya.

Sejarah Uraa (Ura)

Sejarah teriakan perang ”Uraa” ini dikatakan mempunyai sejarah yang panjang, boleh dijejak ke belakang saat Rusia atau ketika itu Soviet Union berperang dengan Jerman lagi.

Menurut Suara.com, tentera Rusia sering berteriak ”Uraa” saat mahu bertempur dan juga ketika meraikan kemenangan. Putin kemudiannya mempratikkan amalan teriakan perang ini dalam pidatonya, terutama ketika berucap dihadapan armada tentera Rusia.

Boleh disimpulkan bahawa ”Uraa” adalah sangat penting dan sinonim dengan tentera Rusia. Ia seolah-olah satu mantera untuk membangkitkan semangat mereka ketika turun menentang musuh.

Selain ”Uraa”, teriakan perang popular yang lain juga adalah ”Banzai”, yang terkenal dengan bangsa Jepun sejak dahulu lagi.

Sumber: Matter Arising, suara.com

Zahirah