Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 pada skala Ritcher dilapor telah menggegar Taiwan pada pukul 8.22 malam sebentar tadi.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), pusat gempa tersebut terletak pada 23.2 darjah dari Utara dan 121.6 darjah dari arah Timur dengan kedalaman 51 kilometer.
Difahamkan, ia berlaku pada jarak 105 kilometer dari arah Timur Chiayi, Taiwan.
Bagaimanapun tiada ancaman tsunami kepada Malaysia setakat ini, lapor MET Malaysia.
Gempa bumi sederhana M5.1 telah berlaku di Taiwan pada 8:22 malam, 9 Mac 2022. Pusat gempa bumi tersebut terletak 23.2° Utara dan 121.6° Timur dengan kedalaman 51 km. 105km Timur dari Chiayi,Taiwan.
Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.#gempabumiMETMalaysia#mygempa.met.gov.my pic.twitter.com/PmatnkYULM— Jabatan Meteorologi Malaysia (@metmalaysia) March 9, 2022
Baca: Ia Bergerak Amat Laju, Imej ISS Paling Jelas Pernah Diambil Guna Teleskop Dari Bumi
Sumber: MET Malaysia