Siakap Keli
Gambar Via TGV Malaysia

Tiada Lagi ‘Restart’ Tayangan Untuk VVIP, TGV Malaysia Tawar Tiket Percuma Jumaat Ni, Ini Caranya

Baru-baru ini syarikat pawagam terkenal, TGV Malaysia mengeluarkan kenyataan maaf kepada pelanggan yang terkesan dengan isu sesi tayangan semula filem baharu, The Batman.

Menerusi kenyataan tersebut, mereka menyatakan bahawa kesilapan waktu tayangan itu adalah tidak selari dengan prosedur operasi standard (SOP) tayangan seperti yang telah ditetapkan.

BACA JUGA: Isu Tayangan ‘The Batman’: TGV Mohon Maaf, Tawar Tiket Percuma Untuk Pelanggan Terjejas

Terbaharu, di laman Twitter rasmi TGV Malaysia, mereka sekali lagi membuat pengumuman terkini dan kali ini mengenai tawaran tiket percuma dengan slogan ‘Semua Adalah VVIP’.

Berikut di bawah adalah kenyataan pihak TGV Malaysia mengenai tawaran tiket percuma tersebut:-

“Inspirasi dari berita palsu yang tular mengenai ‘hantu VVIP’ Minmin persembahkan hari TGV-V-V-VIP!

“Status V-V-VIP tersedia untuk semua dari golongan macam Minmin hinggalah ke golongan ‘kayangan’.

“Jemput datang ‘chill-chill’ sambil menonton, tapi maaf tiada #TayanganUlangandiTGV walaupun kepada V-V-VIP.

“Untuk menikmati tawaran ini pada Jumaat, 11 Mac 2022, korang perlu log masuk dan sertai MovieClub kami dan terima satu tiket tayangan filem secara percuma dengan mana pembelian tiket. #KitaSemuVIP #TGVIP,”  maklum kenyataan tersebut.

 

BACA JUGA: Isu Tayangan ‘The Batman’: TGV Mohon Maaf, Tawar Tiket Percuma Untuk Pelanggan Terjejas

Sumber: TGV Cinema

Faiz Mustafa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.