Kejadian banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan yang melanda ibu negara tempoh hari pastinya meninggalkan kesan yang mendalam buat mereka yang terjejas.
Sebahagian harta mereka yang terjejas ialah seperti kereta, rumah serta barangan lain musnah akibat ‘dibaham’ banjir yang berlaku. Terfikir juga, apakah sebenarnya punca banjir ini?
Menerusi akaun Twitter Cuci Malaysia, mereka hari ini kongsikan satu video rakaman ‘pemandangan’ di sebuah parit tersumbat yang dipercayai terletak di kawasan USJ 1, Subang Jaya.
Dalam perkongsian rakaman berdurasi 11 saat itu, kapsyen video tersebut tertulis seperti berikut:-
“Pasca banjir di USJ 1. Dah boleh stop perangai buang sampah merata kot. Tak laratlah banjir 3 bulan sekali,”
Dalam video yang dikongsikan mereka, jelas kelihatan parit yang dipercayai berhubungan dengan salah satu sungai di USJ 1 itu penuh dengan sampah-sarap yang tersumbat.
Boleh dilihat dengan jelas, antara sampah yang dominan tersumbat di parit itu antaranya ialah plastik.
Pasca banjir di USJ 1. Dah boleh stop perangai buang sampah merata kot. Tak laratlah banjir 3 bulan sekali. pic.twitter.com/cG5jmvgecq
— CuciMalaysia (@CuciMalaysia) March 8, 2022
Apa kata netizen?
Meneroka di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kesal terhadap sesetengah pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sampah sesuka hati. Jom kita terjah komen mereka.
“Kalau perangai dah macam ni….”
“Tu yang marah tu…”
“Masalahnya dah tersumbat…”
Sumber: Twitter Cuci Malaysia