Seorang lelaki berjaya merakam imej Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dari bumi dan dikatakan yang paling jelas pernah dirakam oleh pencerap.
Gambar tersebut diambil oleh seorang ahli fotografi saintifik, Dr Sebastian Voltmer dan dimuatnaik di laman sosial miliknya.
This morning I pointed my telescope at the ISS.
Hi @astro_matthias, I hope you’re doing well in the current situation. Greetings from your hometown.Credit: @SeVoSpace #iss #station #nasa #esa #dlr #matthiasmaurer #telescope pic.twitter.com/WvVlqL1Kc5
— Dr. Sebastian Voltmer (@SeVoSpace) March 7, 2022
Menurut Voltmer, imej ISS itu dirakam olehnya pada pagi 7 Mac 2022, dipercayai menggunakan teleskop jenis Celesron 11″ EdgeHD.
Untuk pengetahuan, ISS merupakan sebuah kapal angkasa bersaiz besar yang berputar di sekeliling bumi dengan kelajuan 17,500 batu sejam (kira-kira 28,163 kilometer sejam).

Menjengah ke ruangan komen, warganet turut tertanya-tanya bagaimana Voltmer boleh mengesan objek yang bergerak sangat laju di ruang angkasa.
Menjawab persoalan tentang software yang dia gunakan untuk mengesan ISS secara automatik di laman Instagram miliknya, Voltmer memberitahu bahawa dia hanya menggunakan HPS 2000.
Mungkin susah untuk mempercayai bahawa objek luar angkasa seperti ISS boleh dirakam sendiri dari permukaan bumi, ditambah pula dengan visual yang jelas seperti itu.
Namun menurut salah seorang pencerap dari Malaysia yang dikenali Shahrin Ahmad, merakam ISS dari bumi tidaklah mustahil, malah dia sendiri pernah merakam objek berkenaan.
Namun kerana kekangan dari segi peralatan dan kemahiran, imej yang dirakam olehnya tidaklah seterang rakaman Voltmer. Pun begitu, visual ISS masih boleh dilihat melalui rakaman berkenaan.
Detik-detik ‘kemunculan’ ISS yang dirakam oleh Shahrin turut dimuatnaik di laman YouTube miliknya dan dikatakan dirakam dari Kuala Lumpur.
https://www.facebook.com/shahgazer/posts/10225646922992215
Sumber: Twitter Sebastian Voltmer