Siakap Keli

(Video) Tengah Selamatkan Pemandu Lori, Abam Bomba Sebak Jumpa Lukisan Ini Dengan Mangsa

Pernah tak kita kongsi lukisan tentang keluarga kepada ibu dan ayah kita? Atau sebagai ibu bapa, pernah tak kita hargai lukisan yang diberikan daripada anak-anak kita? Tatkala kita hampir terlepas pandang tentang hal ini dek kerana sibuk bekerja.

Namun, ada juga yang sentiasa hargai lukisan anak-anak kecil kerana bagi mereka lukisan tersebut adalah pemberi semangat untuk bekerja.

Seperti perkongsian daripada seorang anggota penyelamat di laman Tiktoknya, Skuadapi meluahkan rasa sebak selepas menjalani misi penyelamat mangsa yang kemalangan.

Menurut Skuadapi, kemalangan yang berlaku melibatkan dua buah lori sekitar jam 12.22 tengah hari pada 8 Mac 2022 lalu. Bagaimanapun, mangsa yang terlibat dalam kemalangan berjaya dikeluarkan oleh anggota penyelamat. Pemandu lori yang remuk itu mengalami cedera patah kaki manakala pemandu lori lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan, keadaan lori berkenaan remuk di bahagian hadapan akibat daripada bertembung dengan sebuah lori kontena.

Apa yang memilukan hati ramai orang apabila dia menjumpai sebuah lukisan dipercayai milik anak kepada pemandu lori remuk yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

“Semoga isteri dan keluarga mangsa tabah”

Menjengah di ruangan komen, rata-rata terkesan dengan lukisan daripada anak kecil kepada ayah tercinta. Walaupun ianya hanya sekeping kertas namun sangat bermakna tambahan pula jika berlaku insiden seperti ini.

@skuadapi_

Turut Berdukacita #skuadapi #skuadapichannel #pilotdarat #pilotdaratmalaysia #pilotdaratabgpergiberjuang

♬ الصوت الأصلي – reixe9

Sumber: Skuadapi

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang