Siakap Keli
Instagram: @memomedsos

(Video) Tiga Gadis Alami Detik Cemas Selepas Dapur Gas Meletup Depan Mata

Sebuah video memaparkan detik mengejutkan dan cemas yang dialami tiga gadis selepas satu letupan yang kuat berlaku ketika mereka memanggang atau membakar makanan tular di media sosial.

Detik cemas itu dapat dilihat daripada video yang dimuat naik ke akaun Instagram @ngakaksehat pada hari Selasa, 8 Mac 2022 yang mengundang pelbagai reaksi dari warganet.

Ngegrill sedap tiba-tiba“, tulis admin dalam kapsyen video tersebut.

Dalam video tersebut, ketiga-tiga gadis itu dilihat sedang duduk dan berbual di hadapan pemanggang sambil menunggu makanan dibakar di atas dapur gas mudah alih.

Pada mulanya, keadaan sangat kondusif dan ketiga-tiga gadis itu dilihat tersenyum sambil duduk di atas lantai betul-betul di hadapan dapur gas kecil.

Namun, tanpa disangka, dapur gas kecil yang sedang memanggang makanan itu tiba-tiba meletup dengan kuat sehingga mengejutkan ketiga-tiga gadis itu yang menyebabkan mereka berlalu pergi.

Letupan itu telah menghasilkan asap yang agak tebal dan peralatan pemanggang yang disimpan di dalam dapur mudah alih itu terpelanting.

Bagaimanapun, letupan itu dilaporkan tidak mencederakan ketiga-tiga gadis itu.

Difahamkan dapur mudah alih itu meletup akibat kepanasan kerana terlalu lama digunakan untuk membakar.

Video yang dimuat naik itu menimbulkan reaksi warganet yang menontonnya. Ramai daripada mereka turut terkejut dengan apa yang berlaku.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by memomedsos (@memomedsos)

Sumber: Mantra Sukabumi & Instagram

Aireena Marizan