Siakap Keli
Sumber: Daily Mail

Lelaki Guna Duit Pinjaman COVID-19 Beli Kad Pokemon RM238 Ribu

Seorang lelaki di Georgia telah dijatuhi hukuman penjara tiga tahun selepas didapati bersalah mendapatkan pinjaman bantuan koronavirus (COVID-19) dengan berbohong dan menggunakan lebih daripada $57,000 (RM238,544) wang itu untuk membeli koleksi kad Pokemon.

Suspek yang berusia 31 tahun dari Dublin, bersetuju untuk melucutkan hak kad dagangan yang mahal itu, yang memaparkan watak Pokemon Charizard, sebagai sebahagian daripada perjanjian pengakuan, kata pemangku Peguam AS, David Estes dari Daerah Selatan Georgia dalam satu kenyataan.

Keputusan itu juga dibuat selepas suspek mengaku bersalah atas satu lagi pertuduhan penipuan wayar pada Oktober.

Pendakwa raya menyatakan dalam pemfailan undang-undang bahawa lelaki itu telah menyerahkan maklumat palsu kepada Pentadbiran Perniagaan Kecil AS (SBA) tahun lalu ketika memohon pinjaman pelepasan COVID-19 untuk perniagaan ‘perkhidmatan hiburan’ yang didakwa dimilikinya.

Mereka berkata, suspek berbohong turut berbohong berkenaan sepuluh pekerja yang diupahnya serta hasil tahunan perniagaannya, yang katanya ialah $235,000 (RM983,474) dalam permohonan pada Julai lalu untuk Pinjaman Bencana Kecederaan Ekonomi (EIDL) SBA.

Menurut pendakwa raya, suspek kemudian menerima pinjaman sebanyak $85,000 (RM355,724) daripada program pinjaman itu hampir sebulan kemudian dan menggunakan separuh darinya untuk membeli kad dagangan Pokemon.

Suspek kini diperintahkan untuk membayar balik jumlah keseluruhan pinjaman, dikenakan denda sebanyak $10,000 (RM41,849) serta menjalani tiga tahun pembebasan dalam pengawasan selepas tempoh penjaranya tamat.

Umum telah mengetahui bahawa Pokemon adalah animasi yang diminati ramai. Ada yang begitu obses dengan animasi ini sanggup berhabis ribuan duit.

Tidak kurang juga ada yang sanggup menghabiskan masa bermain permainan Pokemon ini.

Terdahulu, seorang atuk bernama Chen San-yuan, 70, telah menggunakan sebanyak 11 telefon pintar bagi menangkap haiwan Pokemon.

Menurut laporan Metro UK, warga emas itu memasang kesemua telefon pintar itu ke basikalnya yang dilengkapi dengan caj bateri dan menghabiskan masa terluangnya untuk menangkap Pokemon di jalan atau di taman.

Chen terlalu menggemari aplikasi permainan tersebut dan kadangkala dia tidak pulang ke rumah sehingga pukul 4 pagi.

Tapi 11 telefon pintar itu nampaknya belum cukup lagi. Dia yang dikenali sebagai ‘Pak Cik Pokemon’ mahu menambah telefon pintarnya kepada 15 buah.

Itu bermakna, dia sanggup membayar lebih bil telefon bagi memenuhi hobinya di mana kini sudah pun mencecah £1,165 (RM6,108) sebulan.Namun, Chen menganggap ia sebagai pelaburan yang berbaloi kerana dia percaya permainan itu membantunya mengurangkan penyakit Alzheimer yang dihidapinya.

Sumber: Daily Mail

Aireena Marizan

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.