Siakap Keli
peti sejuk
Gambar Via Bangkok Post

Mayat Bayi Ditemukan Dalam Peti Sejuk Setelah Lebih Setahun, Disembunyikan Bapa Sendiri

Seorang bayi dilaporkan telah ditemui mati dalam sebuah peti sejuk selepas lebih setahun ditinggalkan oleh bapanya di situ, lapor Bangkok Post.

Komander Polis Chiang Mai, Thawatchai Pongwiwatchai berkata mayat bayi yang dibalut dengan tuala itu ditemui oleh pekerja yang diupah untuk mengubah suai rumah di tambon Wat Ket daerah Muang.

Menurutnya, rumah itu dimiliki oleh keluarga tiri kepada bapa bayi tersebut dan dia pernah tinggal di rumah itu bersama teman wanitanya yang hamil.

Wanita itu dipercayai melahirkan bayi yang telah mati dan kerana tidak dapat menerima pemergian anak pertama, lelaki itu dikatakan tidak mahu melakukan proses pengebumian dan memutuskan untuk membekukan mayat tersebut.

Mereka juga telah disabitkan dengan kesalahan mencuri pada ketika itu dan kini menjalani hukuman di penjara Chiang Mai.

Sebelum lelaki itu dimasukkan ke dalam penjara, nenek tirinya yang telah berpindah ke rumah baharu tidak tahu apa yang ada di dalam peti sejuk tersebut sehingga anaknya memutuskan untuk mengubah suai rumah itu pada dua minggu lalu.

Sumber: Bangkok Post

Sofea

There's always another side to every story