Siakap Keli
Gambar: via Metro Uk

Bayi 18 Bulan Maut Dalam Serangan Russia

Tular beberapa gambar memaparkan detik pilu ibu dan ayah yang menangis melihat bayi mereka berusia 18 bulan yang maut dalam serangan Russia ke atas Ukraine, lapor Metro Uk.

Menurut laporan, bayi lelaki berkenaan yang berusia 18 bulan, Kirill dipercayai merupakan mangsa paling muda sejak tentera Russia melancarkan serangan ke atas Ukraine.

Marina Yatsko (ibu) dan pasangannya, Fedor dilapor bergegas ke hospital dengan membawa bayi lelaki mereka yang sudah cedera dan dibaluti dengan selimut yang berlumuran dengan darah.

BACA JUGA: (Video) Sempat Ucap Kata Terakhir, 13 Tentera Ukraine Maut Akibat Bedilan Kapal Tentera Russia

Setibanya mereka di hospital, pakar perubatan berusaha sedaya upaya menyelamatkan mangsa. Namun ajal sudah tertulis, bayi tersebut tidak lagi dapat diselamatkan. Kejadian itu dilapor berlaku di Mariupol pada Sabtu lalu.

Difahamkan pada hari berkenaan, orang ramai di sana diberi peluang untuk berpindah dan menyelamatkan diri masing-masing.

Hal ini kerana pada hari berkenaan Russia dan Ukraine dilapor bersetuju untuk melaksanakan gencatan senjata untuk sementara waktu di bandar Mariupol dan Volnovakha.

Namun, pihak Kremlin dipercayai telah memungkiri janji mereka dan bertindak menyerang bandar berkenaan.

Terdahulu, lebih 40 orang tentera Ukraine dilapor terkorban dan berdozen-dozen lagi cerdera sejak Russia memulakan serangan mereka terhadap Ukraine.

BACA JUGA: Masuk Hari 3 Serangan Rusia, Ukraine Lapor 198 Orang Awam Terkorban & Lebih 1,000 Cedera

Sumber: Metro Uk

Nadhirah