Beberapa siri letupan dilaporkan kedengaran di Ukraine hari ini, setelah presiden Russia, Vladimir Putin mengisytiharkan perang terhadap negara tersebut.
Perkara ini turut menimbulkan kegusaran rakyat Ukraine yang terhimpit ketegangan antara dua negara yang setakat ini tidak menampakkan tanda-tanda bakal reda.
Memetik laporan wartawan Al-Jazeera, Sara Cincurova, penduduk dilihat mulai panik dan ketakutan dengan berita pencerobahan besar-besaran Russia ke atas negara mereka.
”Semua orang panik, ada warga emas bertanya apa yang sedang berlaku dan seseorang memberitahu bahawa ‘perang baru bermula’,” kata Cincurova yang berada di dalam kereta api menuju ke bandar Kramatorsk di timur Ukraine.
”Ada penumpang lain, seorang wanita mula menangis. Orang awam lain dilihat mengucapkan ‘selamat maju jaya’ antara satu sama lain dan sebahagian memutuskan untuk pergi ke timur bagi bertemu dengan keluarga mereka,” tambahnya.
Tinjauan wartawan Al-Jazeera, Liz Cookman di kota Mariupol, timur Ukraine melaporkan situasi semasa penduduk di bandar Kharkiv dan Kyiv.
Penduduk dilihat membanjiri mesin pengeluaran wang termasuk stesen minyak kerana khuatir bekalan elektrik dan sambungan internet di bandar tersebut bakal terputus.
Sebelumnya, siren serangan udara yang ‘mengerikan’ telah kedengaran di tengah-tengah ibu kota Kyiv, sekaligus meningkatkan rasa cemas orang awam.
Trafik dilaporkan turut sesak di Kyiv setelah penduduk dikatakan berpusu-pusu ingin keluar dari bandaraya tersebut selepas serangan dilancarkan ke atas beberapa bandar utama di Ukraine.
Namun begitu, pengangkutan awam seperti bas dikatakan masih mengangkut penumpang di Mariupol yang ingin menuju ke sekolah dan tempat kerja.
Gas station lines in Kharkiv pic.twitter.com/GjjQflo6nG
— Oliver Alexander (@OAlexanderDK) February 24, 2022
There are many kilometers of traffic jams at the exit from Kiev, people are leaving the city, The Insider reports.#Russia #Ukraine #Kiev #Kyiv #RussiaUkraine pic.twitter.com/Rd8wIrTuG7
— WORLD WAR 3 – RUSSIA vs Ukraine #2022 (@WW32022) February 24, 2022
People flock to leave #Kyiv as Russian President Vladimir Putin commenced an attack on #Ukraine overnight, with explosions reported in multiple cities. 📸: @PierreCrom pic.twitter.com/n6qPnuqPaA
— Getty Images News (@GettyImagesNews) February 24, 2022
Thousands of people are fleeing Kiev as Russian forces begin a "full-scale invasion" of Ukraine.
Live updates: https://t.co/KPxXXGeY97 pic.twitter.com/jZ7cwteYPJ
— LBC (@LBC) February 24, 2022
#Ukraine — #Kiev this morning. People flee the capital pic.twitter.com/i0SZyGVZqg
— GLOSM.ORG (@GLOSM4) February 24, 2022
It’s not just the infrastructure that’s been hit – Ukraine’s economy is going to be in free-fall – long queues at ATMs plus reports supermarkets rapidly being emptied pic.twitter.com/crTHi3bAI3
— Dan Rivers (@danriversitv) February 24, 2022
Sumber: Al-Jazeera
BACAAN LAIN: