Siakap Keli
merusuh guna parang
Kredit: Astro Awani

Polis Tahan 28 Suspek, Disyaki Merusuh Guna Parang Di Jalan Raja Uda

Polis Tahan 28 Suspek, Disyaki Merusuh Guna Parang Di Jalan Raja Uda

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan seramai 28 lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, semalam.

Menurut laporan Astro Awani, tangkapan kesemua suspek berusia 17 hingga 51 tahun itu dilakukan oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang di beberapa lokasi berasingan di daerah Seberang Perai Utara.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, serbuan dilancarkan oleh pihaknya selepas mendapat laporan daripada orang awam berhubung kejadian berkenaan.

“Siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan pertengkaran dan provokasi sesama mereka.

“Polis berjaya mengesan kesemua mereka yang terlibat sebelum menahan 28 lelaki bersama barang kes yang digunakan dalam kejadian itu. Kesemua mereka kemudiannya direman untuk tindakan lanjut,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Astro Awani.

Ujarnya, usaha mengesan baki suspek lain yang terlibat sedang giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta dapat berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes ASP Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan,” katanya.

Menurut laporan Astro Awani lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu merusuh menggunakan senjata.

Sebelum ini, video pendek berdurasi empat saat memaparkan sekumpulan lelaki merusuh dan merosakkan kenderaan menggunakan sebilah parang di hadapan sebuah premis menjadi tular di media sosial.

BACA: Gunung Ruang Muntahkan Asap, Penutupan Lapangan Terbang Dilanjutkan

Sumber: Astro Awani

Athirah

When nothing goes right, go left.