Siakap Keli
Kopi Daun Bawang
Kredit: jintianchinatan via Instagram

Trend Terkini, Kopi Daun Bawang Jadi Viral Di China

Trend Terkini, Kopi Daun Bawang Jadi Viral Di China

Jika sebelum ini kopi tiram Guangdong, latte sup daging lembu Ningxia, nasi kopi Shanghai, latte kicap dan kopi tambah telur pernah menjadi viral di China, kini ada satu lagu trending terkini di negara itu.

Menurut portal Must Share News, segelintir rakyat di negara itu ketika ini sedang ‘demam’ dengan sejenis minuman istimewa berupa kopi dibancuh bersama daun bawang.

Selain menjadi bualan di kedai-kedai kopi disana, minuman yang dinamakan sebagai scallion latte itu turut menjadi antara topik yang hangat dibualkan dalam platform media sosial tempatan.

Antara yang didebatkan oleh warga maya termasuklah kesesuaian daun bawang yang merupakan bahan masakan untuk dipadankan dengan minuman kopi.

Mereka juga tertanya-tanya sama ada rasa kopi tersebut akan rosak atau sebaliknya dengan kehadiran bahan masakan tersebut.

Seperti yang ditunjukkan dalam beberapa video viral, minuman itu dibuat dengan meletakkan daun bawang cincang di bahagian bawah cawan, kemudian ditambah kopi dan susu.

Kopi tersebut turut diakhiri dengan menabur daun bawang cincang di atas sebagai hiasan.

Kopi daun bawang mempunyai peminat tersendiri di China

Menurut portal Must Share News lagi, para peniaga di China pada mulanya mencipta minuman istimewa ini sebagai kandungan media sosial.

Namun pada masa yang sama, mereka turut berharap minuman unik yang dicipta tersebut boleh menjadi satu peluang perniagaan sekiranya disukai orang ramai.

Jangkaan mereka tepat apabila ada pelanggan yang mendapati kopi daun bawang adalah minuman yang menarik. Malah, ada juga yang menggemari rasa unik pada kopi tersebut.

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan ada juga yang menolak inovasi tersebut sehingga mengakui hilang selera untuk makan apabila melihat minuman berkenaan.

Rakyat Malaysia bersedia atau tidak untuk menikmati kopi daun bawang?

BACA: Lima Hari Dengar Baru Habis, Ini Lagu Paling Panjang Pernah Dirakam Di Dunia

Jadi rakyat Malaysia, apa kata anda dengan kopi daun bawang ini? Adakah anda bersedia untuk membelanjakan wang bagi mencuba kopi unik ini?

Buat peniaga pula, adakah anda bersedia untuk menambah kopi daun bawang ke dalam senarai menu sekiranya ada permintaan?

BACA: Gunung Ruang Muntahkan Asap, Penutupan Lapangan Terbang Dilanjutkan

Sumber: Must Share News

Athirah

When nothing goes right, go left.