Siakap Keli
Ratusan Ribu Ikan Mati
Kredit: Tuoi Tre News

Dilanda Gelombang Haba Teruk, Ratusan Ribu Ikan Dalam Tasik Di Vietnam Mati

Dilanda Gelombang Haba Teruk, Ratusan Ribu Ikan Dalam Tasik Di Vietnam Mati

Ratusan ribu ikan dilapor mati dan terapung dalam Tasik Song May di Vietnam akibat gelombang haba dan pengurusan tasik yang teruk, lapor Tuoi Tre News.

Cuaca panas yang melanda kebanyakan kawasan di Asia Tenggara ketika ini turut menyebabkan paras air di tasik berkenaan turun dengan ketara.

Malah, air tasik berkenaan dilaporkan terlalu cetek untuk ikan-ikan berkenaan terus hidup. Antara ikan-ikan yang ditemui mati adalah ikan mas rumput, tilapia dan ikan keli. Secara keseluruhan, jumlah ikan yang mati dianggarkan mencapai 200 tan metrik.

Keadaan itu menyebabkan pemandangan di tasik berkenaan berubah menjadi tidak menyenangkan dengan penduduk turut mengadu terpaksa menghidu bau busuk daripada bangkai ikan.

“Bau bangkai ikan-ikan tersebut berbau busuk terutamanya ketika waktu panas terik

“Saya berharap pihak berkuasa tempatan akan menangani masalah itu secepat mungkin untuk melindungi alam sekitar dan memastikan kualiti hidup penduduk terjaga,” ujar salah seorang penduduk.

Selain membekalkan rezeki kepada nelayan-nelayan, para petani di sekitar daerah Trang Bom dan Vinh Cuu turut bergantung dengan tasik tersebut untuk mengairi tanaman mereka.

Dipercayai kawasan itu tidak mengalami hujan selama beberapa minggu

Pada awal tahun 2024, sebuah syarikat tempatan telah diberikan kontrak untuk mengurus tasik tersebut dan membaiki masalah takungan air yang dihadapi.

Syarikat berkenaan pada awalnya merancang untuk mengekalkan bekalan sedia ada air tasik tersebut bagi memastikan hidupan-hidupan akuatik disitu terpelihara.

Bagaimanapun, disebabkan gelombang haba yang berterusan, syarikat tersebut terpaksa melepaskan air di tasik berkenaan untuk mengairi kawasan sekitar termasuk kawasan tanaman.

Tindakan itu kemudian menyebabkan paras air tasik dilapor turun mendadak yang sudah pun terkesan dengan masalah cuaca ketika ini.

Akibatnya, ikan-ikan di tasik itu berdepan kesukaran untuk terus bertahan dengan cuaca panas dan akhirnya dilaporkan mati.

Athirah

When nothing goes right, go left.