Siakap Keli
Matahari Lepaskan Suar
Kredit: blogs.nasa.gov

NASA Dedah Letusan Suar Suria Kuat Berlaku 2 Mei Lepas

NASA Dedah Letusan Suar Suria Kuat Berlaku 2 Mei Lepas

Matahari dilapor melepaskan suar suria kuat pada 2 Mei lepas, yang mencapai kemuncaknya pada pukul 10.22 malam (waktu Amerika Syarikat).

Menurut NASA, fenomena berkenaan berjaya dikesan oleh Balai Pencerapan Dinamik Suria yang secara berterusan memerhati bintang tersebut.

Badan pentadbiran angkasa lepas itu kemudian mengkelaskan suar suria yang berlaku sebagai suar kelas X1.6.

Kelas X menandakan letupan suar yang paling tegang, manakala nombor di belakangnya pula merujuk kepada kekuatan letupan suar berkenaan.

NASA berkata, suar suria yang berlaku merupakan letupan tenaga yang kuat. Nyalaan dan letusan suria boleh memberi impak kepada aktiviti komunikasi radio, grid kuasa elektrik, isyarat navigasi dan menimbulkan risiko kepada kapal angkasa serta angkasawan.

Dalam pada itu, NASA turut berkongsi beberapa foto kejadian suar suria berkenaan menerusi platform media sosialnya.

Maksud disebalik kelas X oleh NASA

Menurut portal HT Tech, NASA mengelaskan suar suria dengan kelas A (paling lemah), B, C, manakala M dan X adalah yang paling kuat. Pengelasan yang dibuat boleh disamakan dengan pengelasan skala Richter yang pernah digunakan untuk mengukur gempa bumi.

Untuk pengetahuan anda, setiap huruf dalam pengelasan suar suria ini menunjukkan pembebasan tenaga 10 kali ganda daripada kelas sebelumnya.

Misalnya, kelas X mempunyai tenaga 10 kali ganda daripada letupan kelas M dan 100 kali ganda daripada kelas C.

BACA: Terpisah Beberapa Dekad, Lelaki Kahwini Cinta Pertama Pada Usia 86 Tahun

Sumber: NASAHT Tech

Athirah

When nothing goes right, go left.