Siakap Keli
Gambar: The Sun

McDonald’s & Starbucks Hentikan Jualan Di Russia, Coca-Cola Dan Pepsi Turut Serta

Dua syarikat air gas terbesar di dunia, Coca-Cola dan Pepsi telah menyertai McDonald’s dan Starbucks dalam menghentikan jualan mereka di Russia ekoran isu yang berlaku baru-baru ini.

Beberapa syarikat rangkaian makanan yang terkenal di seluruh dunia telah mengambil keputusan untuk menghentikan operasi selepas dikecam dan diboikot oleh orang ramai kerana pencerobohan di Ukarine yang dicetuskan oleh Putin.

Ekoran daripada isu yang terjadi ini, banyak syarikat yang telah menghentikan operasi di negara Russia sebagai protes terhadap pencerobohan itu.

Syarikat makanan francais dunia, McDonals’s yang menggaji seramai 62,000 pekerja di Russia turut akan menutup kesemua 850 restorannya buat sementara waktu. Malahan Starbucks juga telah menghentikan operasi di 130 cawangannya.

Tidak seperti syarikat francais besar makanan segera lain yang ada di Russia seperti KFC, Pizza Hut, dan Burger King, McDonald’s memiliki sebanyak 84 peratus kawasan bagi cawangan mereka di Russia.

Penutupan Operasi Jualan McDonald’s Adalah Perkara Terbaik

Dalam satu surat terbuka kepada pekerja, Presiden merangkap CEO McDonald’s, Chris Kempckinski berkata bahawa, penutupan operasi jualan buat masa kini adalah perkara terbaik yang perlu dilakukan.

“Kami akan meneliti dengan lebih lanjut keadaan di sana berdasarkan laporan-laporan semasa. Selain itu, pihak McDonald’s juga akan menilai dan tentukan sama ada perlu atau tidak mengambil sebarang tindakan susulan,” kata Kempckinski.

“Melihatkan keadaan sekarang, adalah mustahil untuk pihak kami meramalkan waktu yang tepat untuk kami membuka semula operasi perniagaan di Russia.”

Tambah Presiden McDonald’s lagi, pihak mereka mengalami gangguan daripada rantaian bekalan mereka bersama dengan kesan terhadap operasi yang lain.

Jurucakap dari syarikat kopi global, Starbucks turut berkata yang pihak mereka telah memutuskan untuk menggantung semua aktiviti perniagaan di Russia, termasuklah penghantaran semua produk Starbucks.

“Rakan kongsi berlesen kami juga telah bersetuju untuk menghentikan operasi perniagaan dengan segera dan memberikan sumbangan kepada hampir 2,000 rakan kongsi di Russia yang bergantung kepada Starbucks untuk kelansungan hidup mereka.”

Selain itu, pihak Coca-Cola turut menyatakan perasaan mereka, “Hati kami bersama dengan orang-orang yang mengalami kesan tidak wajar daripada peristiwa trgais di Ukraine ini,” kata jurucakap Coca-Cola.

“Kami juga akan terus memantau dan menilai keadaan di sana mengikut perkembangan yang laporkan,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Pepsico inc mengumumkan penggantungan penjualan Pepsi-Cola, dan jenama minuman global lain di Russia termasuk 7up dan Mirinda.

BACA JUGA: (Video) Aneh, Rupa-rupanya Di Korea Utara Tak Wujud Restoran-restoran Terkenal Ni

Sumber: The Sun

Zahirah