Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: Business Insider, Middle Class & TikTok

(Video) Aneh, Rupa-rupanya Di Korea Utara Tak Wujud Restoran-restoran Terkenal Ni

Nadhirah

Sebut sahaja mengenai restoran-restoran francais mesti ramai antara anda ingat semua restoran ini ada di mana-mana sahaja. Lebih-lebih lagi kalau sebut restoran McDonald’s dan Starbucks.

Hal ini mungkin mengejutkan orang ramai. Tetapi sebenarnya restoran-restoran ‘gah’ ini ternyata tidak terdapat di Korea Utara.

Menerusi satu perkongsian video di akaun My Korean Dic ada berkongsikan beberapa buah francais terkemuka dunia yang tidak terdapat di Korea Utara.

Wanita yang terdapat di dalam video TikTok itu ada berkongsikan empat restoran francais ini yang tiada di Korea Utara. Empat restoran tersebut adalah seperti berikut.

1. McDonald’s

Gambar: Business Insider

Rata-rata antara anda mesti menganggap bahawa francais ini ada di seluruh dunia. Tetapi sangkaan anda itu adalah salah. McDonald’s ternyata tidak ada di Korea Utara.

Menurut grunge.com penduduk di sana mempercayai bahawa bekas pemimpin mereka iaitu Kim Jong-il sebenarnya yang mencipta hamburger terlebih dahulu.

Memetik laporan The Guardian menerusi grunge.com ciptaan hamburger oleh bekas pemimpin itu dinamakan “Gogigyeopbbang”. Hamburger itu dikatakan telah dihadiahkan kepada rakyat Korea Utara pada tahun 2000.

Disebabkan itu Korea Utara mendakwa bahawa McDonald’s telah mencuri ideanya. Malah mereka mendakwa McDonald’s mencuri idea itu menerusi mesin masa.

2. Starbucks

Gambar: Healthline.com

Bagi penggemar kopi sudah tentu anda mengharapkan restoran ini untuk ada di mana-mana sahaja. Starbucks yang berasal dari Seattle, Washington, Amerika Syarikat itu merupakan salah satu cafe yang tidak ada di Korea Utara.

3. Dunkin’ Donuts

Gambar: Evening Standard

Menerusi perkongsian video itu, restoran donut yang digemari ramai ini juga tidak terdapat di Korea Utara. Jadi bagi anda yang suka donut daripada restoran ini, anda perlu ingat bahawa ia tiada di sana.

4. Baskin Robbins

Gambar: Middle Class

Bagi anda yang menggemarkan aiskrim keluaran Baskin Robbins mesti agak mengecewakan kerana aiskrim ini juga tidak terdapat di Korea Utara.

Jika ada antara anda yang mengidam untuk makan aiskrim keluaran istimewa Baskin Robbins, anda boleh berkunjung ke Korea Selatan.

Hal ini demikian kerana, di Korea Selatan aiskrim keluaran Baskin Robbins sangat popular sehinggakan ada menu istimewa yang hanya terdapat di sana sahaja. Misalnya ‘Ice Hotteok’ iaitu aiskrim yang diletakkan di dalam hotteok iaitu salah satu makanan tradisional di Korea.

Malah ada juga beberapa menu lain seperti Zzon tteok Ice Cream yang juga menggambarkan makanan tradisional rakyat Korea Selatan.

Gambar: Allkpop

Minuman berkarbonat ini juga dilaporkan tiada di Korea Utara

Gambar: eatthis.com

Selain daripada empat jenis restoran yang dikongsikan menerusi perkongsian video itu, Korea Utara juga dipercayai tidak mempunyai minuman berkarbonat yang digemari ramai iaitu Coke.

Rakyat Korea Utara dikatakan tidak mempunyai peluang untuk merasai kenikmatan air bergas ini di negara mereka. Selain daripada Korea Utara, Cuba juga dilaporkan tidak mempunyai sebarang bisnes minuman berkarbonat Coca-Cola di negara mereka.

Sumber: The Travel, TikTok, Grunge.com, Mashed.com, Allkpop & lindagoeseast