Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Dua Warga Korea Utara Di Sukan Asia Dilaporkan Mahu Mohon Suaka Di Jepun

Warga Korea Mohon Suaka di Jepun
Kredit: AFP

Dua anggota delegasi Korea Utara yang menyertai Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 dilaporkan mahu memohon suaka di Jepun.

Memetik Korea JoongAng Daily, kedua-dua individu berkenaan dikatakan tidak mahu kembali ke Korea Utara selepas penyertaan mereka tamat dalam temasya berkenaan, lapor Monthly Chosun pada Selasa.

Mereka dipercayai antara 180 anggota delegasi Korea Utara yang berada di Jepun untuk menyertai Sukan Asia tersebut.

Maklumat itu diperoleh menerusi sumber yang bekerjasama dengan agensi perisikan Jepun dalam kalangan komuniti Korea di negara berkenaan.

Kedua-duanya dilaporkan sedang mempertimbangkan kemungkinan untuk mendapatkan suaka di Jepun dan bukannya di Korea Selatan.

Dua Warga Korea Dilaporkan Mahu Mohon Suaka Di Jepun

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sama ada kedua-dua individu berkenaan akan benar-benar mengemukakan permohonan suaka kepada pihak berkuasa Jepun.

Identiti mereka juga masih belum didedahkan atau disahkan setakat ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Korea Utara menghantar 180 anggota yang terdiri daripada atlet dan pegawai pasukan ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Penyertaan kali ini turut mencatat sejarah apabila ia menjadi kemunculan pertama delegasi Korea Utara dalam acara sukan antarabangsa di Jepun sejak Universiade Kobe pada 1985.

Ini bermaknsa sudah 41 tahun negara itu tidak menghantar delegasi ke acara sukan antarabangsa yang berlangsung di Jepun.

Kemasukan warga Korea Utara ke Jepun sememangnya tertakluk kepada sekatan kerajaan negara itu susulan isu berkaitan program nuklear dan peluru berpandu Pyongyang.

Namun, kerajaan Jepun memberikan keloggaran khas sempena Sukan Asia kali ini bagi membolehkan atlet dan pegawai Korea Utara menyertai temasya tersebut serta menggalakkan hubungan sukan antarabangsa.

Intipati
  • Dua anggota delegasi Korea Utara dilaporkan mahu mempertimbangkan permohonan suaka di Jepun.
  • Belum dapat dipastikan sama ada kedua-duanya akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Jepun.
  • Korea Utara menghantar 180 atlet dan pegawai ke Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan