Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Hospital Pulau Pinang Diterangi Cahaya Hijau, Ibu Tunai Hasrat Arwah Derma Dua Buah Pinggang

Hasrat derma Dua Buah Pinggang
Kredit: Hospital Pulau Pinang

Kehilangan orang tersayang sememangnya bukan sesuatu yang mudah untuk diterima, lebih-lebih lagi apabila pemergian itu berlaku secara tidak dijangka.

Namun, di sebalik kesedihan yang ditinggalkan, ada keluarga yang memilih untuk menjadikan pemergian insan tersayang sebagai satu peluang untuk membantu mereka yang masih berjuang meneruskan kehidupan.

Begitulah kisah sebuah keluarga di Pulau Pinang apabila hasrat seorang wanita untuk mendermakan organ selepas pemergiannya direalisasikan dengan sokongan penuh keluarga.

Hasrat Wanita Derma Dua Buah Pinggang Selepas Meninggal Dunia Ditunaikan

Gambar Hiasan

Dalam satu hantaran di Facebook, Hospital Pulau Pinang (HPP) memaklumkan bahawa hospital berkenaan berjaya menjalankan prosedur pendermaan sepasang buah pinggang.

Menurut HPP, kedua-dua buah pinggang itu diperoleh daripada seorang penderma yang meninggal dunia akibat ruptured intracranial aneurysm atau pembuluh darah dalam otak yang pecah.

Dalam pada itu, HPP berkata wanita yang menderma buah pinggangnya itu merupakan pencari nafkah utama keluarganya.

“Pihak hospital ingin merakamkan ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga seorang penderma organ, seorang wanita yang merupakan “breadwinner” dalam keluarganya, yang telah pergi meninggalkan kita.

“Di sebalik kehilangan yang amat berat, hasrat murni arwah yang pernah menyuarakan hasrat untuk menderma organ dan disokong sepenuhnya oleh ibunya, kini menjadi satu keputusan mulia yang telah dibuat semasa hayatnya,” tulis HPP.

HPP turut memaklumkan bahawa prosedur perolehan bilateral kidney itu merupakan prosedur ketiga seumpamanya yang dijalankan di hospital berkenaan sepanjang 2026.

“Pancaran cahaya hijau turut dinyalakan sebagai simbol penghargaan tertinggi kepada para penderma dan keluarga mereka atas keikhlasan serta pengorbanan yang tiada galang gantinya.

“Setiap pendermaan adalah satu harapan. Setiap keikhlasan memberi peluang untuk satu kehidupan diteruskan,” katanya.

Ruangan komen hantaran itu turut dipenuhi ucapan takziah dan doa daripada warga maya buat arwah serta keluarganya.

Intipati
  • HPP berjaya menjalankan prosedur pendermaan sepasang buah pinggang daripada seorang penderma wanita.
  • Wanita itu meninggal dunia akibat ruptured intracranial aneurysm, menurut makluman Hospital Pulau Pinang.
  • Cahaya hijau dinyalakan sebagai simbol penghargaan kepada penderma organ dan keluarga mereka.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan