Siakap Keli
Gambar via Bernama

TERKINI: Mangsa Kedua Tanah Runtuh Ampang Ditemui

Seorang lagi mangsa yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang pada petang tadi telah ditemui.

Menerusi ciapan di Twitter Bernama, mangsa merupakan seorang wanita dan lokasinya berjaya dikesan pada jam 7:53 malam tadi.

Difahamkan, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa oleh pihak bomba dan penyelamat masih berjalan setakat ini.

“Tanah runtuh di Taman Bukit Permai, Ampang: Seorang mangsa wanita berjaya ditemui pasukan penyelamat.

“Usaha membawa keluar mangsa sedang giat dijalankan,” tulis Bernama dalam laporan ringkas di Twitter.

Dalam pada itu kerja-kerja pencarian mangsa lain yang dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh tersebut masih lagi giat dijalankan.

Menurut bomba menerusi ciapan Bernama pada jam 8:03 malam tadi, pergerakan tanah masih lagi berlaku di kawasan kejadian.

BACA JUGA: (Video) TERKINI: Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai Ampang, 15 Rumah Dilapor Terjejas

BACA JUGA: (Gambar) TERKINI: Tanah Runtuh Taman Bukit Permai Ampang, 3 Mangsa Dikhuatiri Tertimbus

Sumber: Bernama

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.