Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

(Video) TERKINI: Tanah Runtuh Di Taman Bukit Permai Ampang, 15 Rumah Dilapor Terjejas

Nadhirah
Kredit: Orang awam via Twitter

Satu video tular memaparkan kejadian tanah runtuh yang dipercayai berlaku di Jalan Teratai 1/2J, Taman Bukit Permai, Ampang, Selangor sebentar tadi.

Menerusi video tular tersebut, terdapat 15 buah rumah didakwa terjejas, manakala dua daripadanya dilapor tertimbus.

Malah difahamkan, 10 buah kenderaan juga dipercayai turut terjejas akibat kejadian tanah runtuh itu.

Rakaman tersebut dipercayai dirakam orang awam sebelum tular di media sosial.

Bagaimanapun punca kejadian serta maklumat lanjut tidak dikenal pasti setakat ini.

Berita lanjut menyusul.

Sumber: Orang awam via Twitter