Susulan tragedi tanah runtuh yang berlaku di Taman Bukit Permai Ampang sebentar tadi, pihak bomba dilapor telah berjaya mengeluarkan mangsa pertama.
Menurut laporan Bernama, mangsa pertama iaitu lelaki warga emas berjaya dibawa keluar dari timbunan tanah runtuh tersebut sekitar pukul 6.54 petang tadi oleh pasukan bomba.
Sebelum itu, kejadian tanah runtuh tersebut dilapor telah menjejaskan sebanyak 15 buah rumah dan 10 kenderaan.
Berita penuh menyusul.
6.54pm
Seorang lelaki warga emas berjaya dibawa keluar dari #tanahruntuh di Taman Bukit Permai, Ampang, petang ini.
📹 @bombaJBPM pic.twitter.com/kvjOneVS6h
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 10, 2022
Sumber: BERNAMA