Sosok tubuh dermawan yang cukup dikenali, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang berkongsi pengalamannya menguruskan pergerakan ambulans untuk sebuah kes tertentu semalam.
Biasanya kita akan melihat sesetengah situasi di mana perjalanan individu terpenting (VIP) di jalan raya akan diiringi dengan motosikal pengiring, kan? Secara umumnya, tujuannya adalah untuk langkah keselamatan.
Jelas Uncle Kentang, bukan semua motosikal pengiring VIP atau motorcade akan ‘menahan’ kenderaan-kenderaan lain termasuk ambulans pada sesuatu waktu tertentu itu.
Malah sebaliknya, beliau berpendapat bahawa pengiring-pengiring ini tetap akan memberi laluan kepada pihak ambulans ekoran hal kecemasan yang lebih penting. Ini diceritakan sendiri melalui pengalamannya yang dikongsikan di Facebooknya semalam.
Untuk mengetahui lebih lanjut, mari ikuti tulisan Uncle Kentang di bawah ini.
Bukan semua motorcade tahan ambulans
Bukan semua motorcade VIP tahan ambulans. Pagi tadi semasa bertemu dengan entourage yang “dipercayai” sedang mengiringi KDYMM Seri Paduka Yang Di Pertuan Agong ambulans kami yang ada pesakit di dalam telah memperlahankan kenderaan ambulans dan rapat ke kiri jalan untuk beri laluan kepada entourage Raja.
Satu outrider telah approach ambulans dari sebelah kanan dan mengarahkan ambulans bergerak ke hadapan dan follow outriders. Tiga outriders motor besar trafik dengan cekapnya memperlahankan kenderaan lain dan beri laluan kepada ambulans.
Ambulans telah diiringi dari Simpang Jalan Semantan hingga ke Jalan Parlimen bagi mempermudahkan misi kami membawa pesakit ke Institut Jantung Negara. Kami terharu dengan usaha baik ini.
Motorcade tersebut tidak melengahkan pergerakan ambulan malah memudahkan ia bergerak dengan lancar di dalam kesibukan dan kesesakan lalu lintas di pagi hari.
DAULAT TUANKU ! DAULAT TUANKU! DAULAT TUANKU ! Kami sampai di IJN dengan selamat.
Nota: Keselamatan jalan raya perlu diutamakan. Kalau ambulan dalam kecemasan kritikal kita boleh mengunakan hailer untuk maklumkan pada pegawai yang bertugas, tidak ada masalah.
Terima kasih kepada entourage KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong yang beri laluan dan membantu team ambulan kami pagi tadi.
BACA JUGA: Tindakan Polis Tahan Ambulans Elak Risiko Besar Kemalangan
Sumber: Kuan Chee Heng