Siakap Keli
iphone warna baru

Warna Baru, Apple Lancar Iphone 13 & 13 Pro Edisi Hijau “Alphine”

Apple telah melancarkan beberapa produk baharunya termasuklah warna baru untuk Iphone 13 dan Pro.

Walaupun, Iphone 13 telah dilancarkan sejak beberapa bulan lalu, Apple tetap mengeluarkan satu lagi pilihan warna baru yang sangat memukau ramai orang iaitu warna hijau ‘Alpine’.

Menerusi perkongsian daripada laman Twitter Apple Hub menunjukkan perbezaan warna hijau pada Iphone 11 dahulu dengan Iphone 13 sekarang.

Warna hijau ‘Alpine’ ini akan mula berada di pasaran seluruh dunia pada 11 Mac 2022, jelas Bob Borchers, naib Presiden Pemasaran Produk Seluruh Dunia Apple dalam satu kenyaatan akhbar.

Sebelum ini, Iphone 13 Pro dan Pro Max hanya tersedia dengan warna Sierra Blue, Graphite, Gold dan Silver. Bagi Iphone 13 dan Iphone 13 mini tersedia dengan warna merah, starlight, biru ‘midnight’ dan merah jambu.

BACA: “Mu Tunggu, Cap Jari Ada”, Wanita Kecewa, Dakwa 9 Jenis Pokok Keladi Bernilai Tinggi Kena Curi

Sumber: Liputan6, Apple.com

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.