Siakap Keli
Gambar: Bernama

PATI Boleh Balik Ke Negara Asal Secara Sukarela, Ini Cara Sertai Program Rekalibrasi Pulang

Jabatan Imigresen Malaysia melalui akaun Facebook rasmi miliknya memaklumkan berkenaan program Rekalibrasi Pulang, hari ini.

Program Rekalibrasi Pulang merupakan suatu inisiatif oleh Kerajaan bertujuan untuk memberi peluang kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang telah melakukan kesalahan tinggal lebih masa, berada di Malaysia tanpa pas yang sah untuk balik ke negara asal secara sukarela.

JIM ingin mengingatkan kepada semua PATI untuk mengambil peluang ini dengan segera dan tidak menunggu sehingga saat akhir serta tidak menggunakan khidmat orang tengah atau ejen bagi urusan Rekalibrasi Pulang (RP).

Berikut merupakan prosedur Rekalibrasi Pulang ke KLIA:

1. PATI haruslah memiliki passport atau dokumen perjalanan yang sah.

2. Memiliki tiket pulang ke negara asal.

3. Memiliki slip RT-PCR Covid-19 berkeputusan negatif dalam tempoh tidak melebihi 72 jam sebelum waktu penerbangan.

4. Hadir ke kaunter Imegresen Khas di Short Term Car Park, Aras 2 Blok B, KLIA1 atau Aras 2 Ruang Legar Balai Ketibaan Dosmetik sekurang-kurangnya 24 jam sebelum penerbangan.

5. Bayaran kompaun RM500 hanya menerusi Kad Debit/Kad Kredit/Touch’nGo wWallet sahaja.

Berikut merupakan prosedur Rekalibrasi Pulang ke  Stulang Laut

1. PATI haruslah memiliki passport atau dokumen perjalanan yang sah.

2. Memiliki tiket feri pulang ke negara asal.

3. Memiliki slip RT-PCR Covid-19 berkeputusan negatif dalam tempoh tidak melebihi 72 jam sebelum jadual feri berlepas.

4. Hadir ke kaunter Imegresen sehari sebelum jadual feri berlepas di Pejabat Imegresen Cawangan Stulang Laut yang beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

5. Bayaran kompaun RM500 hanya menerusi Kad Debit/Kad Kredit/Touch’nGo wWallet sahaja.

Berikut merupakan prosedur Rekalibrasi Pulang ke  Pasir Gudang

1. PATI haruslah memiliki passport atau dokumen perjalanan yang sah.

2. Memiliki tiket feri pulang ke negara asal.

3. Memiliki slip RT-PCR Covid-19 berkeputusan negatif dalam tempoh tidak melebihi 72 jam sebelum jadual feri berlepas.

4. Hadir ke kaunter Imegresen sehari sebelum jadual feri berlepas di Terminal Feri Pasir Gudang yang akan beroperasi bermula 8.00 pagi hingga 5.30 petang.

5. Bayaran kompaun RM500 hanya menerusi Kad Debit/Kad Kredit/Touch’nGo wWallet sahaja.

PATI hadir tanpa perlu membuat janji temu (STO)

Sumber: Facebook Jabatan Imigresen Malaysia

Akhmar Ikmal