Siakap Keli

(Video) Seakan Pintu Masjid Nabawi, Keindahan Surau Taman Hasil Derma Orang Ini Ramai Buat Netizen Terpukau

Tidak seperti tempat lain, surau di sebuah kawasan perumahan di Melaka ini menarik perhatin ramai. Bukan sahaja selesa untuk orang Taman Semabok Perdana datang beribadah malah reka bentuk dan ukiran dalaman sangat menarik.

Seperti dalam video Tiktok milik Nuraiysah Abu Husim ini menunjukkan keunikan reka bentuk pintu surau seakan-akan pintu Masjid Nabawi telah membuatkan surau di tamannya yang diusahakan oleh ayahnya dan sahabat surau yang lain jadi tumpuan orang ramai.

“Jom saya bawak korang tour surau yang abah saya usahakan selama ni. Alhamdulillah 98% done kata abah.”

@nuraisyahabuhusin

Jom sya bawak korang tour surau yg abah sya usahakan selama ni. Alhamdulillah 98% done kata abah. Lokasi : Taman Semabok Perdana Melaka

♬ Mawlaya Salli Wa Sallim – Mohamed Tarek & Mohamed Youssef

Kata wanita ini, surau ini didirikan atas dana dan derma orang ramai. Bukan sahaja Abahnya, malah sahabat abahnya serta orang taman di situ turut menjayakan projek surau taman ini.

Jelasnya lagi, abahnya yang menguruskan semua. Syukur kerana ia berjalan dengan lancar dan cukup sempurna. Reka bentuk surau ini sebenarnya diinpirasikan daripada Masjid Nabawi, Madinah.

Rata-rata orang ramai teruja dengan reka bentuk surau ini yang seperti masjid terkenal di Madinah itu. Tak kurang juga yang mendoakan dan memuji tindakan ayah wanita ini. Bukan itu sahaja, ramai yang merindui masjid Nabawi, Madinah selepas menonton video tersebut.

Sumber: Nuraisyah Abu Husin

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang