Siakap Keli

“Suami Bukan Warganegara, Dapat Permit Atas Nama Majikan, Boleh Ke Mencarum?” Ini Jawab KWSP

Umumnya, Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) merupakan salah satu agensi khas yang menguruskan simpanan wang untuk pekerja-pekerja yang mencarum sebagai persediaan jangka masa panjang.

Pada ruangan komentar di salah satu posting di Facebook KWSP, seorang individu telah mengajukan soalan mengenai status suaminya yang bukan warganegara namun telah mempunyai permit atas nama majikan, adakah boleh mencarum atau tidak.

KWSP membalas persoalan tersebut menerusi ruangan komen bersama jawapannya.

Secara umum, caruman KWSP hanya merupakan pilihan (opsyen) kepada pekerja warganegara asing.

Sekiranya pekerja dan majikan bersetuju untuk mencarum KWSP, pekerja perlu hadir ke kaunter KWSP untuk membuat pendaftaran ahli dengan membawa borang berikut:

  1. Borang KWSP 3 (AHL) yang telah dilengkapkan
  2. Borang KWSP 16B (perlu lengkapkan 2 salinan borang)
  3. Passport dan permit kerja yang sah (asal dan salinan)

 

Untuk dapatkan borang berkaitan, klik https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member/forms.

Bayaran caruman boleh dibuat oleh majikan setelah pendaftaran ahli berjaya mengikut kadar caruman berkanun yang ditetapkan dalam Jadual Ketiga, Akta KWSP (1991).

Sumber: KWSP

Faiz Mustafa