Siakap Keli
cabul
Gambar hiasan via Google

Guru Ditahan, Cabul 6 Pelajar Di Masjid

Seorang guru disyaki cabul enam pelajar lelaki di masjid di Kampung Keniten, Ponorogo, Jawa Timur, memetik laporan Tribun News.

Polis Kasatreskrim Ponorogo, AKP Jeifson Sitorus berkata, penyiasat telah menahan suspek sejak Februari 2022.

“Ketika ini Jaksa Penuntut Umum (JPU) sedang meneliti fail tersebut,” kata Jeifson, pada Jumaat (11/3/2022).

Suspek melakukan perbuatan terlarang itu sejak tahun 2021 hingga 2022.

“Suspek merupakan seorang tutor al-Quran di masjid berkenaan,” sambungnya lagi.

Pikat mangsa dengan memberikan sejumlah wang

Semasa kejadian, suspek dilaporkan telah memancing mangsa dengan memberinya sejumlah wang.

“Selepas membaca al-Quran, suspek kemudian membawa mangsa masuk ke dalam. Kemudian, suspek memangku dan mencabul mangsa”, jelas Jeifson.

Sementara itu, pihak polis telah merampas rakaman tindakan suspek di masjid berkenaan dan hasil laporan perubatan daripada doktor.

“Kami telah merampas semua bukti”, jelasnya.

Dalam kes yang lain, seorang guru tarian didakwa telah merogol dan mencabul tujuh orang pelajarnya yang masing-masing berusia sekitar 12 hingga 15 tahun, memetik laporan Makassar Terkini.

Menurut Ketua Polis Kota Malang, Budi Hermanto, guru lelaki berusia 37 tahun itu ditahan baru-baru ini kerana dipercayai melakukan penderaan seksual terhadap tujuh remaja bawah umur.

Difahamkan, sejumlah enam orang dipercayai telah disetubuhi oleh guru itu manakala seorang lagi tidak disetubuhi tetapi telah dicabuli. Hal ini menjadikan keseluruhan mangsa seramai tujuh orang.

Budi Hermanto semasa sidang media berkata, suspek tersebut dikatakan bekerja sebagai seorang guru di studio tari di daerah Klojen, Kota Malang Indonesia.

Manakala kesemua mangsa yang terlibat pula adalah terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah menengah rendah dan juga pelajar lain di studio tari itu.

BACA JUGA: Guru Didakwa Rogol & Cabul 7 Pelajar Bawah Umur, Guna Taktik ‘Ritual Meditasi’ Sebagai Umpan

Sumber: Tribunnews

Aireena Marizan