Siakap Keli
Gambar: Twitter Khairy Jamaluddin & Bernama

Rayulah Kepada Orang Tua Anda Untuk Dapatkan ‘Booster’ Menjelang Ramadan – Khairy

Orang diminta merayu kepada orang tua masing-masing bagi mendapatkan suntikan dos penggalak atau ‘booster’ menjelang Ramadan ini.

Hal itu diumumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter hari ini.

Menurut Khairy, sebanyak 105 kematian COVID-19 telah dilaporkan semalam namun kapasiti di hospital dan juga unit rawatan rapi (ICU) masih lagi terkawal.

Oleh itu, beliau berharap agak kadar kematian disebabkan penularan COVID-19 ini masih lagi terkawal.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsikan graf mengenai kadar kematian COVID-19 mengikut status vaksinasi.

Menerusi graf itu jelas kelihatan bahawa warga emas tanpa sebarang vaksinasi atau booster sangat berisiko tinggi untuk mati disebabkan penularan ini.

Gambar: Twitter Khairy Jamaluddin

Oleh sebab itulah beliau menyeru kepada orang awam untuk merayu ibu bapa masing-masing bagi mendapatkan dos penggalak.

Beliau turut menambah bahawa pesanan mesej ini sangat penting sebelum tibanya bulan puasa.

Katanya walaupun golongan tua tersebut tidak ke mana-mana pada masa sekarang, namun ketika Ramadan nanti mereka akan ke masjid atau surau untuk melakukan solat tarawih.

Menurutnya, adalah lebih baik sekiranya orang awam membantu mereka dengan memberi perlindungan dos penggalak dan selebihnya berserah kepada Allah Taala.

BACA JUGA: SOP Solat Jumaat: Jemaah Perlu Ambil Dos Penggalak Hanya Terpakai Di Negeri Selangor Sahaja – JAKIM

“Semalam 105 kematian COVID-19 dilapor. Kapasiti hospital/ICU terkawal. Tapi saya juga mahu kadar kematian terkawal.

“Graf ini JELAS: Warga emas yang tiada vaksinasi atau booster sangat berisiko tinggi mati dari COVID-19. Merayu kepada orang tua anda untuk dapat booster.

“Mesej ini juga sangat penting menjelang bulan puasa. Mungkin orang tua kita tidak ke mana-mana sekarang.

“Tapi tiba Ramadhan mereka akan beramai-ramai pergi solat tarawih.

“Elok top up perlindungan mereka dengan booster. Kita ikhtiar & tawakkal ke Allah,” tegas Khairy dalam ciapan berkenaan.

Kadar Kematian Pesakit Tanpa Vaksin Covid Lebih Tinggi Berbanding Penerima Vaksin, Dos Penggalak

Terdahulu, Menteri Kesihatan turut memaklumkan kadar kematian pesakit COVID-19 dalam kalangan mereka yang tidak mengambil vaksin adalah jauh lebih tinggi berbanding mereka yang mengambil vaksin lengkap dan mendapat dos penggalak.

BACA JUGA: TERKINI: Kadar Kematian COVID-19, Kes BID Meningkat – Khairy

BACA JUGA: Booster Berkesan, Berhenti Baca Cerita Konspirasi Sampah Di FB – Khairy

Sumber: Khairy Jamaluddin 

Nadhirah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.