Siakap Keli
Jepun Amaran tsunami
Gambar: Bloomberg

Jepun Keluarkan Amaran Tsunami, Fukushima Digegar Gempa Bumi Kuat

Gempa bumi kuat 7.3 magnitud telah melanda pantai Fukushima di utara Jepun sehingga mencetuskan amaran tsunami, lapor The Guardian.

Agensi Meteorologi Jepun berkata, gempa itu melanda 60 kilometer (36 batu) di bawah laut.

Gempa itu dilaporkan dirasai di bahagian besar timur Jepun, termasuk Tokyo, di mana bangunan bergegar dengan kuat. Setakat ini, tiada laporan mengenai kemalangan jiwa atau kerosakan dilaporkan.

Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo (Tepco) berkata, kira-kira 2 juta rumah telah terputus bekalan elektrik.

Wilayah itu adalah sebahagian daripada utara Jepun yang musnah akibat gempa bumi 9.0 dan tsunami 11 tahun lalu yang turut menyebabkan kehancuran loji nuklear.

Gempa ini berlaku hanya beberapa hari selepas kawasan itu menandakan ulang tahun ke-11 bencana itu pada Mac 2011.

Agensi itu telah mengeluarkan amaran tsunami bagi gelombang laut setinggi satu meter di bahagian lautan Jepun di wilayah Miyagi dan Fukushima. Televisyen kebangsaan NHK berkata, tsunami mungkin telah sampai ke beberapa kawasan.

Pihak Tepco melaporkan, para pekerja masih lagi giat memeriksa sebarang kemungkinan kerosakan di loji nuklear Fukushima Daiichi.

Sumber: The Guardian

Baca: Guru Ditahan, Cabul 6 Pelajar Di Masjid

Aireena Marizan