Kebanyakan wanita inginkan jodoh dengan lelali yang kukuh ekonominya. Disebabkan itu, boleh juga dikatakan ada yang sanggup ‘single’ dek kerana terlalu cerewet tentang soal teman hidupnya.
Tetapi sebaliknya, wanita ini yang dilihat langsung tidak memilih pasangannya walaupun bergelar gelandangan. Menerusi Tiktok Jasmine, dia telah berkongsi kisah ‘manis’ mengenai perkenalan dengan teman lelakinya yang ternyata berbeza dengan pasangan yang lain.
Ceritanya dalam video itu, dia pada awalnya hanya ingin menolong dan memberi wang kepada lelaki gelandangan tersebut semasa keluar membeli barangan rumah, tetapi niat baiknya ditolak sebaliknya lelaki gelandangan itu pula yang menawarkan bantuan untuk membantunya ketika itu.
“Saya tanya dia sama ada dia mahukan makanan atau tidak, dia jawab dia malu untuk meminta. Jadi kami membuat keputusan untuk pergi makan bersama-sama. Dia menceritakan kisahnya kepada saya,” tulis wanita itu dalam videonya.
Bukan itu sahaja, wanita ini juga membelikan sebuah telefon bimbit untuk memudahkan mereka berhubung. Wanita ini mengakui sering ‘teringat’ kepada lelaki berkenaan.
Sekali lagi, mereka makan bersama dan wanita ini membelikan beberapa helai baju yang cantik untuk dipakai oleh lelaki berkenaan. Dari situlah cinta mereka kemudian berputik sehingga ke hari ini dan telah mendapat dua orang cahaya mata yang comel.
Menurut Jasmine Grogan, bukan lelaki ini bertuah mendapatkannya tetapi dia yang berasa bertuah bertemu dengan lelaki yang baik dan ikhlas sepanjang pertemuan mereka.
@jasminegrogan1 Reply to @songareum02 was the best decision I ever made🤍#myman #homeless #foryoupage #fiance
Sumber: Jasmine Grogran