Siakap Keli
rahsia lee zii jia
Gambar via Instagram

Ditanya ‘Rahsia’ Jadi Jaguh Badminton, Jawapan Lee Zii Jia Buat Warganet Terhibur

Pemain badminton negara, Lee Zii Jia mendedahkan ‘rahsia’ kehebatannya sebagai jaguh badminton, sekaligus menjawab persoalan ramai warganet.

Melalui laman Instagram miliknya, Zii Jia membalas Instastory salah seorang warganet yang meminta dia berkongsi menu makanan yang diambil sehingga boleh mempamerkan aksi yang baik ketika bertanding.

Zii Jia dengan ringkas membalas “nasi lemak”, diikuti emoji ketawa. Jawapan santai Zii Jia telah menimbulkan reaksi warganet yang turut terhibur dengan balasan Instastory jaguh badminton tersebut.

rahsia lee zii jia

Pada Ogos tahun lalu, Zii Jia turut memuat naik hantaran di laman Instagram, merindukan menu nasi lemak setibanya dia di Malaysia selepas menamatkan saingan Olimpik Tokyo 2020.

Nampaknya, nasi lemak dan Lee Zii Jia sepertinya tidak boleh dipisahkan.

“Akhirnya tiba di Malaysia. Sudah terbau nasi lemak yang saya idamkan,” tulis Zii Jia di ruangan kapsyen.

“Di sebalik seorang hero bernama Lee Zii Jia ada nasi lemak”

Warganet rata-rata terhibur dengan jawapan Lee Zii Jia apabila ditanya rahsia kehebatannya dalam sukan itu. Tangkapan skrin Instastory Zii Jia ini mendapat reaksi para pengguna laman Twitter.

rahsia lee zii jia

 

Zii Jia mara ke separuh akhir All England

Sebelumnya, Zii Jia berjaya mara ke separuh akhir All England setelah menumpaskan pilihan kedua, Kento Momota dari Jepun di Utilita Arena Birmingham.

Dalam perlawanan suku akhir perseorangan lelaki pada Jumaat (awal pagi Sabtu di Malaysia), Zii Jia mencatat kemenangan 21-7, 13-21, 21-11 ke atas juara dunia dua kali dan pemain nombor dua dunia itu.

“Ada perbezaan angin di gelanggang dan pada set pertama, Momota tidak dapat mengawal bulu tangkis dan rentak dengan baik. Saya mengalami masalah yang sama dalam set kedua.

“Saya cuba mempercepatkan permainan dalam set penentuan dan fokus pada pukulan serangan saya. Strategi itu berfungsi dengan baik sekarang dan kemenangan ini akan memberikan saya lebih keyakinan,” kata Zii Jia memetik laporan Bernama.

Keputusan itu menyaksikan Zii Jia mencatatkan kemenangan ketiganya ke atas Momota dalam 11 pertemuan.

Dalam perlawanan separuh akhir, Zii Jia akan bertemu pemain India Lakhsya Sen yang meraih tempat setelah mendapat kemenangan mudah selepas pemain China Lu Guang Zu menarik diri akibat kecederaan.

Sumber: Instagram Lee Zii Jia

Eyla Azri

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.