Pernah tak anda menghabiskan masa dua tiga jam beratur hanya untuk tujuan yang sia-sia? Bila sudah beberapa jam berada dalam barisan dan apabila anda tersedar, ia bukanlah ‘matlamat’ sebenar anda. Seperti wanita ini yang menghabiskan masa 2 jam beratur di tempat yang salah.
Wanita yang berasal dari China ini sebenarnya mahu melakukan ujian saringan Covid-19, namun tidak menyedari bahawa barisan panjang yang disertainya adalah barisan orang ramai beratur untuk membeli ayam panggang. Ia memang agak melucukan bagi kita, namun wanita ini sebenarnya menghabiskan masa dua jam dalam barisan tersebut.
Memetik daripada petikan Mothership, wanita ini bangun seawal pagi untuk mendapatkan ujian saringan tersebut. Pada hari berkenaan, dia melihat barisan yang panjang berhampiran hospital dan tanpa memikirkan hal lain, dia terus beratur di belakang.
Terdahulu, kerajaan China telah mewajibkan penduduknya untuk menjalani ujian swab di seluruh negara selepas peningkatan semula kes Covid-19 di negara itu sejak kebelakangan ini.
Selepas hampir dua jam dalam barisan, dia menyedari sebaik saja tiba gilirannya bahawa orang ramai yang beratur panjang tadi bukan untuk mengambil ujian swab tetapi untuk membeli ayam panggang.
Memandangkan penat beratur panjang, dia mengambil keputusan untuk membeli dua set ayam panggang tersebut dan terus pulang ke rumah.
Rata-rata warganet terhibur dengan kejadian yang dianggap lucu kerana tujuan utama wanita itu tidak tercapai tetapi dia mungkin mendapat sesuatu yang dia mahukan tanpa disedari.
Tak kurang juga ada yang terliur dengan keenakan ayam panggang yang dibelinya itu memandangkan ramai yang beratur untuk mendapatan makanan ini.
BACA: Ibu Berkerusi Roda Tak Dapat Tahan Sebak, Naik Pentas Ambil Ijazah Untuk Arwah Anak
Sumber: Mothership